Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika anda telah diminta nama pentadbir dan kata laluan
Untuk menyelesaikan tugas tertentu, anda mesti masukkan nama dan kata laluan pentadbir untuk mengesahkan yang anda ialah pengguna dengan keistimewaan pentadbir. Jika anda berada dalam persekitaran yang selamat di mana kad pintar diperlukan, anda mesti memasukkan kad dan memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN) bukannya kata laluan. Pastikan anda tahu app mana yang meminta maklumat ini.
Jika anda tidak tahu nama dan kata laluan pentadbir, tanya orang yang sediakan Mac anda untuk bantuan.
Jika anda sediakan akaun pengguna asal tetapi tidak ingat kata laluan, lihat Jika anda terlupa kata laluan log masuk anda.