Kawal app mana yang boleh mengakses kalendar dan peringatan anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan kalendar dan peringatan anda untuk memberikan anda dengan perkhidmatan dan ciri-ciri. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan kalendar anda untuk membantu anda menjadualkan peristiwa atau menyediakan peringatan.
Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan maklumat kalendar dan peringatan anda.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Klik Kalendar.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya akses maklumat daripada kalendar dan peringatan anda. Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan digesa untuk mengaktifkannya semula pada lain kali app cuba menggunakan maklumat anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan maklumat kalendar dan peringatan, anda akan tertakluk pada terma dan polisi privasi mereka dan bukan Polisi Privasi Apple. Anda seharusnya semak semula polisi terma dan privasi mereka untuk memahami cara mereka menganggap dan menggunakan maklumat anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Polisi Privasi Apple.