Tukar keutamaan iCloud pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan iCloud untuk mendaftar masuk, atau keluar daripada iCloud, pilih ciri iCloud yang anda mahu gunakan, tukar butiran akaun, atau uruskan storan iCloud.
Untuk melihat keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Butiran Akaun | Lihat atau tukar maklumat akaun anda, termasuk nama dan gambar, alamat e-mel dan jalan, keutamaan e-mel, seting keselamatan, peranti iCloud dan kaedah bayaran anda. | ||||||||||
Sediakan Keluarga | Anda akan melihat butang ini jika anda belum menyertai keluarga. Klik padanya untuk menyediakan Perkongsian Keluarga. | ||||||||||
Mengurus Keluarga | Anda akan melihat butang ini jika:
| ||||||||||
Daftar Keluar | Berhenti menggunakan iCloud pada Mac ini. Lihat Jika anda mendaftar keluar daripada iCloud pada Mac. | ||||||||||
Senarai ciri iCloud | Pilih ciri iCloud yang mahu gunakan. Ciri berikut mempunyai butang Pilihan atau butang Butiran: iCloud Drive: Jika iCloud Drive diaktifkan, klik Pilihan untuk memilih:
Foto: Jika Foto iCloud diaktifkan, klik Pilihan untuk aktifkan atau nyahaktifkan ciri berikut:
Pada Mac dengan Aperture dipasang, lihat Bantuan Aperture untuk mendapatkan maklumat tentang kedua ciri terakhir ini. Rantai Kunci: Jika Rantai Kunci diaktifkan dan butang Pilihan muncul, kliknya untuk menukar:
Jika “Menunggu untuk kelulusan” muncul di bawah Rantai Kunci, klik Pilihan untuk memasukkan Kod Keselamatan iCloud anda dan bukannya meluluskan Mac ini dari peranti lain. Jika anda terlupa kod, anda boleh reset Rantai Kunci iCloud. Jika tiada butang Pilihan bersebelahan Rantai Kunci, Apple ID anda disediakan untuk pengesahan dua faktor. Dalam hal ini, apabila anda menyediakan iCloud pada peranti baru, anda membenarkan peranti tersebut menggunakan data iCloud anda dengan hanya memasukkan kata laluan atau kod laluan log masuk Mac atau peranti iOS anda yang telah menyediakan iCloud. Cari Mac Saya: Jika “Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan” muncul di bawah Cari Mac Saya, klik Butiran, kemudian ikut arahan pada skrin supaya anda boleh mencari Mac ini. | ||||||||||
Mengurus | Uruskan storan iCloud anda. Anda boleh:
|