pengesahan dua faktor

Pengesahan dua faktor adalah lapisan keselamatan tambahan untuk Apple ID anda direka untuk memastikan anda adalah satu-satunya orang yang boleh mengakses akaun anda, walaupun seseorang mengetahui kata laluan anda.

Daftar dalam pengesahan dua faktor

Jika akaun anda memenuhi semua keperluan untuk pengesahan dua faktor, anda diminta untuk mengaktifkannya apabila kali pertama anda menggunakan Mac anda. Anda juga boleh mengaktifkannya dalam keutamaan iCloud. Pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud. Daftar masuk ke akaun anda jika perlu, klik Butiran Akaun, kemudian klik Keselamatan.

Penting: Jika anda menggunakan pengesahan dua langkah, anda mesti menyahaktifkannya sebelum anda boleh mengaktifkan pengesahan dua faktor. Untuk berbuat demikian, daftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda. Di bahagian Keselamatan, klik Edit, kemudian klik Nyahaktif Pengesahan Dua Langkah. Anda akan diminta untuk mencipta soalan keselamatan baru dan mengesahkan tarikh lahir anda. Anda patut menerima e-mel mengesahkan yang pengesahan dua langkah untuk Apple ID anda dinyahaktifkan.

Gunakan pengesahan dua faktor

Setelah didaftarkan, apabila anda memasukkan Apple ID dan kata laluan untuk kali pertama pada peranti baru, anda diminta untuk mengesahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam-digit. Kod ini dipaparkan secara automatik pada peranti lain anda atau dihantar ke nombor telefon dipercayai anda. Hanya masukkan kod untuk mendaftar masuk dan akses maklumat anda pada peranti baru anda.

Anda tidak diminta kod pengesahan lagi pada peranti itu melainkan anda mendaftar keluar daripada iCloud sepenuhnya, memadam peranti anda, atau perlu ubah kata laluan atas sebab keselamatan.

Anda boleh mengurus peranti dipercayai dan nombor telefon anda pada keutamaan iCloud pada Mac yang dipercayai, dalam Seting > iCloud > Apple ID pada peranti iOS dipercayai, atau dengan mendaftar masuk halaman akaun Apple ID anda.

Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.