Gunakan Launchpad untuk melihat dan membuka app
Launchpad adalah lokasi pusat di mana anda boleh lihat dan buka app pada Mac anda. Apabila anda muat turun app daripada App Store, ia muncul dalam Launchpad secara automatik.
Untuk membuka Launchpad, klik ikon Launchpad dalam Dock (atau gunakan Control Strip). Untuk menutup Launchpad tanpa membuka app, klik di mana-mana pada skrin (kecuali pada app), atau tekan Esc.
Buka dan cari app dalam Launchpad
Buka app: Klik app.
Cari app: Mula menaip nama aplikasi dalam medan carian; hasil muncul sambil anda menaip.
Bergerak antara halaman pada app: Leret kiri atau kanan pada trackpad atau Magic Mouse anda. Atau tekan Command-Anak Panah Kiri atau Command-Anak Panah Kanan.
Susun app dalam Launchpad
Alihkan app: Seret app ke lokasi baru pada halaman.
Alih app ke halaman lain: Seret app ke pinggir skrin, kemudian lepaskan app apabila halaman yang anda mahukan muncul.
Kumpulkan app dalam folder: Seret satu app ke atas yang lain untuk cipta folder, kemudian seret app lain ke folder.
Buka dan tutup folder: Klik folder, seperti Lain. Untuk menutup folder, klik di mana-mana di luarnya.
Namakan semula folder: Buka folder, klik namanya, kemudian masukkan nama baru.
Alih app keluar dari folder: Buka folder, kemudian seret app keluar daripada folder.
Tambah dan keluarkan app
Tambah app ke Launchpad: Jika anda mahu Launchpad untuk memasukkan app yang anda tidak muat turun daripada App Store, alihkan app ke folder Aplikasi dalam Finder; app muncul secara automatik dalam Launchpad. Untuk maklumat lanjut, lihat Lihat fail anda dalam Finder.
Tambah app ke Dock: Seret app daripada Launchpad ke Dock, kemudian lepaskan app ke sebelah kiri garis pemisah Dock. App berada dalam Dock dan dalam Launchpad.
Nyahpasang app dari Mac anda: Klik dan tahan ikon app sehingga semua app mula bergoyang, kemudian klik butang Padam app.
Jika app tidak mempunyai butang Padam, ia tidak boleh dinyahpasang dalam Launchpad. Untuk maklumat lanjut, lihat Pasang, kemas kini dan nyahpasang app.