Mengesan tarikh, kenalan dan banyak lagi dalam dokumen
Banyak app mengesan data (seperti tarikh, lokasi atau nombor telefon) yang boleh digunakan dalam app lain, seperti Kalendar atau Kenalan; sesetengah app mungkin juga cadangkan peristiwa atau kenalan baru berdasarkan pada data. Untuk sesetengah app, anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan data.
Aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan data: Dalam app, pilih Edit > Penggantian > Pengesan Data (tanda semak menunjukkannya aktif). Untuk nyahaktifkannya, pilih perintah itu semula.
Gunakan pengesan data: Dalam dokumen, alihkan penuding ke atas nombor telefon, alamat e-mel, alamat jalan, tarikh atau masa di mana-mana dalam teks. Klik anak panah dalam kotak yang menggariskan data, kemudian sama ada pilih perintah dari menu timbul atau gunakan tetingkap timbul. Anda juga boleh klik paksa maklumat digariskan.