Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah pautan ke dokumen
Dalam kebanyakan app, anda boleh menambah pautan boleh klik pada dokumen.
Cipta pautan: Taip URL dan ia menjadi pautan secara automatik. (Jika tidak, pastikan pautan pintar diaktifkan: Pilih Edit > Penggantian > Pautan Pintar.)
Jika anda tidak mahu menggunakan URL sebagai teks pautan, pilih teks yang anda mahu gunakan, pilih Edit > Tambah Pautan atau Format > Tambah Pautan, kemudian taip atau tampal URL.
Edit pautan: Control-klik pautan, pilih Edit Pautan, kemudian ubah URL.
Keluarkan pautan: Control-klik pautan, kemudian pilih Keluarkan Pautan. Teks kekal tetapi bukan lagi pautan yang aktif.
Sahkan pautan: Control-klik pautan, kemudian pilih Buka Pautan.