Keutamaan FileVault
Gunakan anak tetingkap FileVault pada keutamaan Keselamatan & Privasi untuk melindungi maklumat sulit pada Mac anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Bagaimana penyulitan FileVault berfungsi?.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik FileVault.
Buka anak tetingkap FileVault untuk saya
Aktifkan FileVault | Klik untuk menyulitkan semua maklumat semasa pada cakera permulaan, serta sulitkan dan nyahsulitkan maklumat baru seperti ia dibaca dan ditulis kepada storan. Penyulitan permulaan mungkin mengambil masa seketika, bergantung pada jumlah data pada cakera yang disimpan, tetapi anda boleh menggunakan Mac anda ketika penyulitan berlaku. Apabila anda mengaktifkan penyulitan, semua pengguna perlu menggunakan kata laluan log masuk. Apabila anda aktifkan FileVault untuk pertama kali, anda pilih bagaimana anda mahu buka kunci cakera permulaan anda jika anda terlupa kata laluan daftar masuk anda: menggunakan akaun dan kata laluan iCloud anda, atau menggunakan kunci pemulihan yang direka untuk anda. Jika anda memilih kunci pemulihan, anda mesti tulis dan ikuti perkembangan kunci pemulihan itu sendiri. Anda juga boleh menambah pengguna lain yang dibenarkan untuk membuka kunci dan mengakses maklumat pada Mac anda. |
Nyahaktifkan FileVault | Klik untuk nyahsulit maklumat yang disulitkan pada Mac anda dan berhenti menyulitkan maklumat baru. |
Dayakan Pengguna | Klik untuk membenarkan pengguna log masuk pada permulaan dan buka kunci maklumat yang disulitkan pada Mac. Pengguna yang tidak didayakan memerlukan pentadbir untuk log masuk sebelum mereka boleh gunakan Mac itu. |
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Keselamatan & Privasi. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |