Aktifkan kawalan ibu bapa untuk pengguna sedia ada
Pengguna diurus adalah seseorang yang akaunnya anda uruskan menggunakan kawalan ibu bapa. Untuk menjadikan seseorang sebagai pengguna diurus, anda boleh mencipta pengguna baru dengan kawalan ibu bapa didayakan. Atau, tukarkan akaun pengguna standard ke akaun diurus dengan mengikuti langkah di bawah.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Pilih pengguna standard dalam senarai pengguna, kemudian pilih “Dayakan kawalan ibu bapa.”
Anda tidak boleh sediakan kawalan ibu bapa untuk pentadbir atau pengguna perkongsian sahaja.
Jika anda inginkan akses terhad untuk pengguna Mac, tetapi tidak mahu menambah individu tersebut sebagai pengguna, sediakan akaun pengguna tetamu yang anda uruskan dengan kawalan ibu bapa. Untuk maklumat lanjut, lihat Sediakan pengguna, tetamu dan kumpulan.