Cipta pengguna baru dengan kawalan ibu bapa
Jika anda mahu sediakan kawalan ibu bapa untuk pengguna, tetapi semua pengguna dalam Mac anda ialah pentadbir atau pengguna perkongsian sahaja, anda boleh cipta akaun pengguna baru dengan kawalan ibu bapa didayakan.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kawalan Ibu Bapa.
Klik ikon kunci untuk membuka kunci, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir (atau jika Mac anda mempunyai Touch Bar, gunakan Touch ID).
Klik butang Tambah .
Klik menu timbul Umur, kemudian pilih golongan umur.
Seting ini menentukan pengehadan lalai untuk akaun tersebut. Contohnya, setiap golongan umur mempunyai pengehadan penilaian bersesuaian umur untuk filem, rancangan TV dan app daripada iTunes Store dan App Store. Anda boleh setkan pengehadan berbeza selepas mencipta akaun.
Taip nama dan kata laluan untuk pengguna baru. Nama akaun dihasilkan secara automatik. Jika anda mahu menggunakan nama akaun berlainan, masukkannya sekarang—anda tidak akan dapat mengubahnya nanti.
Menggunakan pembayang kata laluan membantu pengguna mengingati kata laluannya.
Klik Cipta Pengguna.