![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/69b1bf770f22704d28db09a83065c511.png)
Tukar bateri Magic Trackpad
Jika trackpad anda menggunakan bateri boleh ganti, gantikan semuanya pada masa yang sama dengan jenis bateri yang sama. Magic Trackpad menggunakan dua bateri AA. Jika anda menggunakan bateri dapat dicas semula, cas semula kesemuanya pada masa yang sama.
Anda boleh gunakan litium, alkali, atau bateri AA dapat dicas semula. Buang bateri lama mengikut undang-undang dan peraturan setempat.
Gunakan duit syiling untuk menanggalkan penutup ruang bateri, kemudian keluarkan bateri lama.
Masukkan dua bateri AA ke dalam ruang bateri, pastikan hujung positif dan negatif menunjukkan ke arah yang betul.
Gantikan penutup ruang bateri anda.
Aktifkan trackpad apabila anda sudah bersedia untuk menggunakannya.
Sebelum menggunakan Magic Trackpad wayarles Apple, anda perlu sambungkannya dengan Mac anda. Lihat Sambungkan papan kekunci, tetikus, atau trackpad wayarles Apple untuk maklumat lanjut.
Jika sebelum ini anda telah menyambungkan trackpad dengan Mac anda, anda tidak perlu sambungkan semula trackpad selepas menggantikan bateri. Trackpad sepatutnya bersambung secara automatik dengan Mac anda secara automatik beberapa ketika selepas anda mengaktifkannya.