Pindahkan info anda dari komputer atau peranti storan
Jika anda tidak memindahkan maklumat anda ke Mac anda semasa anda mula-mula menyediakannya, gunakan Pembantu Penghijrahan tersedia dalam OS X 10.6.8 atau lebih baru untuk memindahkan maklumat anda pada bila-bila masa.
Anda boleh pindahkan akaun pengguna anda—termasuk semua gambar, muzik dan fail anda—dari Mac atau PC. Anda juga boleh pindahkan maklumat dari cakera atau sandaran Time Machine. Untuk hasil pindahan terbaik, naik taraf ke versi macOS yang terbaru sebelum anda memindahkan maklumat.
Pindah info dari Mac
Sebelum anda memindahkan maklumat dari Mac, sambungkan kedua komputer dengan kabel (Ethernet, FireWire, atau Thunderbolt) atau pastikan semuanya disambungkan dengan rangkaian berwayar atau wayarles yang sama.
Buka Pembantu Penghijrahan, klik Teruskan, kemudian ikut arahan pada skrin untuk memindahkan info dari Mac.
Buka Pembantu Penghijrahan pada Mac lain, kemudian ikut arahan pada skrin untuk memindahkan info ke Mac.
Pilih apa yang hendak dipindahkan.
App: Pilih kotak semak Aplikasi.
App tidak serasi atau app dengan versi baru siap dipasang mungkin tidak dipindahkan atau tidak boleh digunakan.
Akaun pengguna: Pilih kotak semak bersebelahan nama setiap akaun pengguna yang anda mahu pindahkan.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan kotak semak untuk memilih maklumat tertentu untuk dipindahkan, termasuk app pengguna, dokumen, gambar, filem, desktop, folder Muat Turun dan banyak lagi.
Dokumen dan fail daripada app: Pilih kotak semak "Fail dan folder lain".
Seting komputer: Pilih kotak semak Seting Komputer & Rangkaian.
Gambar desktop anda, seting rangkaian dan selanjutnya akan dipindahkan.
Anda juga boleh klik segi tiga pendedahan bersebelahan dengan kotak semak untuk memilih komputer atau seting rangkaian mana untuk dipindahkan.
Untuk mulakan pemindahan, klik Teruskan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memindahkan maklumat ke MacBook baru, lihat artikel Sokongan Apple Cara memindahkan kandungan anda ke MacBook baru.
Pindah info dari PC
Anda boleh pindahkan info melalui rangkaian berwayar atau wayarles, selagi komputer anda disambungkan ke rangkaian yang sama.
Tutup semua app lain, buka Pembantu Penghijrahan pada PC anda, kemudian ikut arahan pada skrin.
Jika anda tidak mempunyai Pembantu Penghijrahan, muat turunnya daripada tapak web Apple.
Pilih apa yang hendak dipindahkan.
Akaun pengguna: Pilih kotak semak bersebelahan nama pengguna.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan kotak semak Pengguna untuk memilih pengguna tertentu. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan nama pengguna untuk memilih maklumat untuk dipindahkan, termasuk gambar pengguna, filem, muzik, desktop, dokumen, muat turun, e-mel (dari akaun POP dan IMAP), seting dan banyak lagi.
Nota: Jika anda memindahkan dari Windows, item ini dipindahkan hanya untuk pengguna yang dilog masuk: e-mel dari akaun POP dalam Microsoft Outlook dan Kenalan dari Microsoft Outlook.
Seting komputer: Pilih kotak semak Seting (dalam akaun pengguna). Gambar desktop, bahasa dipilih dan lokasi akan dipindahkan. Seting dan kata laluan rangkaian tidak dipindahkan.
Tambahan fail dikongsi, app, fail dan dokumen lain dan banyak lagi: Pilih kotak semak Fail Lain. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan kotak semak untuk memilih maklumat untuk dipindahkan.
Untuk mulakan pemindahan, klik Teruskan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memindahkan maklumat daripada PC, lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan data anda dari Windows PC ke Mac. Untuk mendapatkan maklumat tentang di mana info anda telah dipindahkan, lihat Pindah info anda dari PC.
Pindahkan info dari sandaran Time Machine atau peranti storan lain
Anda boleh memindahkan maklumat dari cakera lain ke Mac anda, cakera disambungkan ke Mac anda, cakera pada rangkaian yang sama atau Mac lain dengan OS X 10.8 atau lebih awal disambungkan ke Mac anda menggunakan kabel Thunderbolt.
Jika anda menggunakan kabel Thunderbolt, sambungkan kabel ke komputer, tekan terus kekunci T ketika memulakan semula Mac yang mempunyai info untuk pindah, kemudian ikuti langkah di bawah pada Mac yang anda mahu pindahkan maklumat.
Buka Pembantu Penghijrahan, klik Teruskan, kemudian ikut arahan pada skrin untuk pindahkan info dari sandaran Time Machine atau cakera lain.
Pilih apa yang hendak dipindahkan.
App: Pilih kotak semak Aplikasi.
App tidak serasi atau app dengan versi baru siap dipasang mungkin tidak dipindahkan atau tidak boleh digunakan.
Akaun pengguna: Pilih kotak semak bersebelahan nama setiap akaun pengguna yang anda mahu pindahkan.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan kotak semak untuk memilih maklumat tertentu untuk dipindahkan, termasuk applikasi pengguna, dokumen, gambar, filem, desktop, folder Muat Turun dan banyak lagi.
Dokumen dan fail daripada app: Pilih kotak semak "Fail dan folder lain".
Seting komputer: Pilih kotak semak Seting Komputer & Rangkaian.
Gambar desktop anda, seting rangkaian dan selanjutnya akan dipindahkan.
Untuk mulakan pemindahan, klik Teruskan.