Dialog “lokasi semasa”
Sesetengah app dan tapak web menggunakan maklumat tentang lokasi semasa anda untuk memberikan anda maklumat, perkhidmatan dan ciri-ciri tertentu yang sesuai di mana anda berada. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan maklumat anda untuk membantu anda mencari kedai kopi atau pawagam berdekatan. Lokasi anda dianggarkan menggunakan data dari rangkaian Wi-Fi berdekatan.
Maklumat tentang lokasi anda dikumpulkan oleh Perkhidmatan Lokasi dengan cara tidak mengenal pasti anda secara peribadi. Maklumat digunakan hanya dengan app yang anda benarkan untuk memperolehnya. Ciri ini tidak tersedia dalam semua kawasan.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan maklumat lokasi anda, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu memberi keizinan penggunaan maklumat lokasi, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan lokasi semasa, anda akan tertakluk pada terma dan polisi privasi mereka dan bukan Polisi Privasi Apple. Anda seharusnya semak semula terma dan polisi privasi mereka untuk memahami bagaimana mereka menganggap dan menggunakan lokasi maklumat anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Polisi Privasi Apple.