Cipta widget Web Clip
Anda boleh menjadikan sebahagian daripada halaman web kegemaran anda sebagai widget Web Clip dan menambahnya ke Dashboard. Apabila kandungan halaman web dikemas kini, widget Web Clip anda juga dikemas kini. Apabila anda klik widget Web Clip dalam Dashboard, halaman web yang anda gunakan untuk menciptanya terbuka.
Sebelum anda bermula, pastikan Dashboard diaktifkan dalam keutamaan Mission Control.
Buka Safari, kemudian pergi ke halaman web yang anda mahu buatkan sebagai widget.
Pilih Fail > Buka dalam Dashboard.
Alihkan segi empat tepat diserlahkan ke bahagian halaman web yang anda mahu jadikan wifget, kemudian klik segi empat tepat itu.
Laraskan garis kasar widget seperti yang diperlukan.
Untuk menempatkan semula bahagian diserlahkan, seret ia. Untuk saiz semula, seret pengendali bulat pada tepinya.
Klik Tambah dalam sepanduk di sepanjang atas halaman.
Dashboard muncul dan memuat Web Clip anda.
Untuk menyesuaikan widget, alihkan penuding ke atas sudut kanan bawahnya, kemudian klik butang Info .
Anda boleh mengubah pilihan ini:
Tema: Pilih untuk mencari widget.
Hanya main audio dalam Dashboard: Jika widget anda adalah klip bunyi, pilih kotak semak ini jika anda mahu bunyi itu berhenti dimainkan apabila anda menutup Dashboard.
Edit: Untuk saiz semula widget atau menempatkan semula kandungan, klik Edit. Seret kandungan untuk menempatkannya semula, kemudian seret sudut kanan bawah Web Clip untuk mensaizkannya semula.
Widget Web Clip kekal dalam Dashboard sehingga anda mengeluarkannya. Jika anda mengeluarkan widget Web Clip, satu-satunya cara untuk mendapatkannya kembali ialah dengan menciptanya lagi.
Anda boleh mencipta sebanyak mana widget Web Clip yang anda mahu.