Cipta atau tukar Folder Pintar
Folder Pintar mengumpul fail secara automatik mengikut jenis dan perkara. Folder Pintar dikemaskini apabila anda mengubah, menambah dan mengeluarkan fail pada Mac anda.
Cipta folder Pintar
Dalam Finder, pilih Fail > Folder Pintar Baru.
Untuk mencari fail, masukkan topik, frasa atau parameter lain dalam medan carian.
Untuk menentukan sama ada carian harus termasuk hanya nama fail atau keseluruhan kandungan mereka, pilih “Padanan nama” dalam cadangan carian yang muncul di bawah medan carian, kemudian klik Nama, kemudian pilih sama ada Nama fail atau Semuanya.
Untuk mencari atribut tambahan tertentu, klik butang Tambah di bawah medan carian, kemudian jadikan pilihan menggunakan menu timbul atribut carian yang muncul.
Menu berfungsi dalam pasangan; sebagai contoh, untuk mencari imej, anda pilih Jenis dari menu timbul di kiri, kemudian pilih Imej dari menu timbul bersebelahannya.
Klik Simpan, kemudian tentukan nama dan lokasi untuk Folder Pintar anda.
Jika anda tidak mahu Folder Pintar berada dalam bar sisi, nyahpilih Tambah Ke Bar sisi.
Anda tidak boleh menggunakan aksara tertentu, termasuk tanda baca seperti noktah bertindih (:), dalam nama folder. Jika mesej ralat muncul, cuba menggunakan nama lain.
Tukar kriteria untuk Folder Pintar
Buka Folder Pintar.
Mulakan menaip dalam medan carian folder, atau klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Tunjukkan Kriteria Carian.