Gunakan Ethernet Gigabit
Jika komputer Mac anda menyokongnya, anda boleh menggunakan Ethernet Gigabit, yang memerlukan kabel Ethernet Gigabit khas.
Jika anda tidak mempunyai kabel Ethernet Gigabit, anda masih boleh bersambung ke rangkaian Ethernet Gigabit dengan melaraskan kelajuan Ethernet komputer anda.
Nota: Mengubah seting rangkaian anda menjejaskan cara komputer anda berinteraksi dengan rangkaian anda. Melainkan pentadbir rangkaian anda telah memberikan anda seting khusus, gunakan seting automatik. Memasukkan seting yang salah boleh menjejaskan prestasi rangkaian.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih perkhidmatan Ethernet anda.
Klik Lanjutan, kemudian klik Perkakasan.
Klik menu timbul Konfigurasi, kemudian pilih Secara Manual dari menu timbul.
Klik menu timbul Kelajuan, kemudian pilih kelajuan dari menu timbul.
Anda juga boleh melaraskan dupleks dan seting unit penghantaran maksimum (MTU). Semak dengan pentadbir rangkaian anda bagi seting yang khusus ke rangkaian.