Bersihkan skrin komputer anda
Gunakan arahan di bawah untuk membersihkan skrin Mac mudah alih atau desktop anda, atau untuk membersihkan paparan keluaran Apple anda.
AMARAN: Jangan bersihkan skrin dengan pencuci yang mengandungi aseton. Jangan gunakan pencuci tingkap, pencuci keperluan rumah, semburan aerosol, pelarut, ammonia, bahan lelas, atau pencuci yang mengandungi hidrogen peroksida untuk membersihkan skrin.
AMARAN: Jangan sembur pencuci secara terus pada skrin Ia mungkin menitik ke dalam paparan dan menyebabkan kerosakan.
Bersihkan skrin komputer anda
Tutup komputer dan putuskan sambungan kord kuasa dan sebarang peranti yang bersambung.
Lembapkan kain yang disertakan dengan komputer anda dengan air sahaja. (Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan kain yang bersih, lembut, serta bebas lin.) Kemudian lap skrin.
Bersihkan skrin Apple Thunderbolt Display atau paparan keluaran Apple lain
Putuskan sambungan paparan dari kuasa, dari komputer dan dari sebarang peranti luaran.
Menggunakan kain yang disertakan dengan paparan, atau menggunakan kain yang lembut dan kering, lap habuk dari skrin.
Jika pembersihan tambahan diperlukan, lembapkan sedikit, kain yang kering dan lembut dengan air atau pencuci yang bertujuan digunakan untuk skrin atau paparan, kemudian lap skrin. Elakkan mendapat lembapan dalam bukaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembersihan produk Apple, termasuk komputer mudah alih dan desktop, iPhone, iPad, iPod touch dan aksesori Apple, lihat artikel Sokongan Apple Membersihkan produk Apple anda.