Gunakan kekunci fungsi papan kekunci
Kebanyakan kekunci fungsi pada papan kekunci bertindak sebagai kekunci kawalan tertentu, seperti kawalan volum dan kecerahan.
Walau bagaimanapun, app mungkin juga memperuntukkan fungsi alternatif kepada kekunci yang sama ini. Sebagai contoh, pada sesetengah papan kekunci Exposé menggunakan F9 dan F10 untuk melaksanakan tindakan khas. Sesetengah komputer membenarkan anda untuk menggunakan fungsi alternatif yang diperuntukkan kepada kekunci fungsi dengan menekan dan menahan kekunci Fungsi (Fn) semasa anda menekan kekunci fungsi.
Jika anda menggunakan fungsi alternatif dari kekunci fungsi dengan kerap, anda boleh menukar papan kekunci supaya kekunci fungsi melaksanakan fungsi alternatif tanpa anda perlu menekan Fn. Apabila pilihan ini dipilih, tekan dan tahan Fn semasa anda menekan kekunci fungsi untuk menggunakan kawalan perkakasan asal kekunci fungsi. Jika papan kekunci anda tidak mempunyai kekunci Fn, cuba menekan dan menahan kekunci Control.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Papan Kekunci.
Pilih “Gunakan semua kekunci F1, F2 dan lain-lain sebagai kekunci fungsi standard”.
Untuk menggunakan pad kekunci angka pada papan kekunci anda, tekan kekunci Kunci Nombor. Kekunci huruf lain dinyahdayakan dan hanya kekunci pada pad kekunci angka berfungsi. Tekan Kunci Nombor lagi untuk kembalikan papan kekunci kepada keadaan normalnya.
Jika Mac anda tidak mempunyai pad kekunci angka, kekunci U, I, O, J, K, L dan M mungkin mempunyai nombor pada mereka. Tekan kekunci FN semasa anda menekan kekunci huruf ini untuk menggunakannya sebagai pad kekunci angka.