Masukkan jeda dalam nombor telefon yang didail modem anda
Jika anda membuat panggilan dari talian telefon yang memerlukan anda mendail nombor (seperti 9) untuk talian luar, atau anda memerlukan modem anda jeda untuk sebab-sebab tertentu apabila mendail nombor, gunakan koma (,) selepas nombor untuk memasukkan jeda 1 saat. Ini akan memberi telefon masa yang cukup untuk mewujudkan sambungan dengan talian luar.
Gunakan berbilang koma untuk jeda yang lebih panjang.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih modem anda dalam senarai di kiri.
Jika modem anda tiada dalam senarai, pastikan modem anda bersambung ke komputer anda (secara dalaman atau luaran), klik butang Tambah di bahagian bawah senarai, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih Modem. Berikan nama perkhidmatan modem anda, kemudian klik Cipta.
Masukkan nombor telefon, nama akaun dan kata laluan jika perlu.
Masukkan koma (,) di mana anda mahu menambah jeda. Gunakan berbilang koma untuk jeda yang lebih panjang.