Cipta templat dokumen
Anda boleh menggunakan dokumen sebagai templat (atau “alat tulis”). Apabila anda membuka fail alat tulis, satu salinan asal dibuka. Anda boleh edit salinan dan menyimpannya dan fail asal tidak berubah.
Pilih dokumen yang anda mahu gunakan sebagai templat, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info, atau tekan Command–I.
Dalam bahagian Umum tetingkap Info, pilih “pad Alat Tulis.”
Jika anda tidak melihat kotak semak pad Alat Tulis atau tidak boleh memilihnya, pastikan anda memilih dokumen yang anda boleh edit dan bukan folder atau alias. (Alias mempunyai nama yang sama seperti fail asal tetapi ikonnya juga mempunyai anak panah melengkuk di sudut bawah kiri.)
Untuk edit fail asal, ikuti langkah di atas, tetapi nyahpilih “Pad alat tulis.” Kemudian, buka fail dan buat perubahan anda. Selepas anda menyimpan perubahan anda, ulangi langkah di atas untuk simpan dokumen sebagai Alat Tulis lagi.