Apakah Utiliti Keselamatan Permulaan?
Pada iMac Pro, Utiliti Keselamatan Permulaan memberikan ciri keselamatan perlindungan kata laluan perisian tegar, But Selamat dan But Luaran yang memberikan anda kawalan ke atas cara iMac Pro anda bermula. Pada komputer Mac lain, utiliti memberikan perlindungan kata laluan perisian tegar untuk komputer Mac yang menyokong penggunaan kata laluan perisian tegar.
Utiliti Keselamatan Permulaan memberikan ciri berikut:
Perlindungan kata laluan perisian tegar: Gunakan kata laluan perisian tegar untuk menghalang sesiapa yang tidak mempunyai kata laluan daripada memulakan Mac anda daripada cakera selain daripada cakera permulaan yang anda tetapkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara mengesetkan kata laluan perisian tegar pada Mac anda.
But Selamat (iMac Pro sahaja): Gunakan ciri ini untuk memastikan iMac Pro anda dimulakan hanya daripada sistem operasi yang sah dan dipercayai. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara memilih tahap keselamatan But Selamat, lihat artikel Sokongan Apple Perihal But Selamat.
But Luaran (iMac Pro sahaja): Gunakan ciri ini untuk mengawal sama ada iMac Pro anda boleh dimulakan daripada pemacu keras luaran, pemacu jari, atau media luaran lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memilih tahap keselamatan But Luaran, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Utiliti Keselamatan Permulaan.
Penting: Pemacu storan iMac Pro anda disulitkan dengan kekunci yang diikat ke perkakasan untuk memberikan keselamatan tahap lanjutan. Kerana ciri penyulitan menjadikannya sukar untuk memulihkan fail, adalah penting bagi anda menyediakan Time Machine atau pelan sandaran lain untuk menyandarkan kandungan komputer anda ke pemacu luaran secara kerap. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sandarkan fail anda dengan Time Machine dan artikel Sokongan Apple Cara untuk menggunakan Time Machine untuk menyandar dan memulihkan Mac anda.