Selesaikan masalah modem dail
Jika modem dail anda bersambung secara automatik
Jika pilihan untuk bersambung secara automatik dipilih dalam anak tetingkap PPP bagi keutamaan Rangkaian, komputer anda akan bersambung ke Internet setiap kali anda membuka app atau menggunakan perkhidmatan yang menggunakan TCP/IP.
Sebagai contoh, jika anda memilih pilihan sambungan automatik dan juga mengaktifkan Perkongsian Fail dalam pilihan Perkongsian, modem anda akan bersambung secara automatik sebaik sahaja anda memulakan komputer anda.
App yang boleh menyebabkan modem anda mendail ISP anda termasuk Mail, Pemapar Bantuan dan pelayar web anda.
Anda boleh menyediakan modem anda untuk tidak menyambung secara automatik.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih modem anda dalam senarai di kiri.
Jika modem anda dalam tiada dalam senarai, pastikan modem anda bersambung ke komputer anda (secara dalaman atau luaran), klik butang Tambah di bahagian bawah senarai, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih Modem. Berikan nama perkhidmatan modem anda, kemudian klik Cipta. Masukkan seting untuk akaun PPP anda. Semak dengan pembekal perkhidmatan anda jika anda tidak pasti setingnya.
Klik Lanjutan, kemudian klik PPP.
Nyahpilih “Sambung secara automatik apabila diperlukan.”
Anda boleh memilih seting sambungan lain, seperti “Putuskan sambungan apabila pengguna log keluar,” atau “Putuskan sambungan apabila menukar akaun pengguna.”
Jika modem dail anda tidak bersambung secara automatik
Jika anda memilih “Sambung secara automatik apabila diperlukan” dalam anak tetingkap PPP dari keutamaan Modem dan modem anda tidak menyambung apabila anda menggunakan Mail, pelayar web atau app lain yang memerlukan sambungan modem, anda mungkin perlu reset pilihan.
Sebagai contoh, jika anda membatalkan percubaan sambungan PPP semasa modem sedang mendail atau jika anda memutuskan sambungan secara manual selepas sambungan automatik, pilihan ini mungkin gagal, walaupun jika “Sambung secara automatik apabila diperlukan” masih dipilih.
Untuk selesaikan masalah ini, anda boleh:
Sambung semula secara manual.
Tukar mana-mana seting PPP, klik Guna, kemudian klik Kembali.
Tidurkan komputer, kemudian bangunkannya.
Ubah lokasi rangkaian anda.
Mulakan semula komputer.
Jika modem dail anda tetap terputus sambungan daripada Internet
Jika anda perlu mendail semula sambungan modem Internet dail selepas tidak menggunakan Mac beberapa ketika, atau sambung semula sambungan PPPoE anda, Mac anda mungkin disetkan untuk bersambung secara automatik apabila sambungan melahu.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih port modem anda (dalaman atau luaran) atau konfigurasi PPPoE anda dalam senarai di sebelah kiri, kemudian klik Lanjutan.
Klik PPP, kemudian pastikan "Prom setiap_minit untuk kekal bersambung" tidak dipilih, atau jika ia dipilih, tingkatkan jumlah minit yang komputer boleh kekal melahu sebelum terputus sambungan.
Jika anda memperoleh mesej “pengesahan gagal” apabila mendail ISP anda
Jika anda menerima mesej “pengesahan gagal” apabila anda cuba menyambung ke Internet menggunakan akaun dail ke ISP anda, nama pengguna atau kata laluan anda mungkin dimasukkan tidak betul dalam keutamaan Rangkaian.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih modem anda dalam senarai di kiri.
Jika anda tidak melihat modem anda dalam senarai, pastikan modem anda bersambung ke komputer anda (secara dalaman atau luaran), klik butang Tambah di bahagian bawah senarai, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih Modem. Berikan nama perkhidmatan, kemudian klik Cipta. Jika tidak terdapat seting, masukkan nombor telefon, nama akaun dan kata laluan untuk perkhidmatan itu.
Pastikan nama akaun dan kata laluan anda sepadan dengan apa yang diberikan kepada anda oleh ISP anda.
Jika kata laluan semasa anda tidak ditunjukkan, taipkannya semula dengan berhati-hati bagi memastikan ia betul. Jangan mentafsir bilangan titik dalam medan sebagai bilangan aksara dalam kata laluan semasa; bilangan mungkin tidak sepadan.