Gunakan widget Cari Rakan Saya
Jika anda mengikut lokasi keluarga dan rakan menggunakan app Cari Rakan Saya pada peranti iOS, anda boleh menggunakan widget Cari Rakan Saya dalam Pusat Pemberitahuan untuk melihat lokasi mereka pada Mac anda. Widget ini juga menunjukkan orang yang berkongsi lokasi mereka dalam app Mesej pada peranti iOS.
Minta Siri. Apabila anda menggunakan widget Cari Rakan Saya, Siri boleh menunjukkan anda lokasi rakan anda. Cakap sesuatu seperti: “Dimanakah Charles?” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Tambah widget Cari Rakan Saya: Klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu, klik Edit di bahagian bawah paparan Hari Ini, kemudian klik butang Tambah untuk widget Cari Rakan Saya.
Nota: Jika anda tidak melihat sesiapa dalam widget selepas anda menambahnya, pastikan anda mendaftar masuk ke iCloud pada Mac anda. Anda mesti mempunyai Cari Rakan Saya disediakan pada peranti iOS anda dan rakan anda mesti berkongsi lokasi mereka dengan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Cari Rakan Saya.
Tunjukkan lebih dari lima orang: Klik Tunjukkan Lagi.
Buka kad orang dalam app Kenalan: Klik gambar atau parap orang itu.
Lihat peta menunjukkan lokasi orang itu: Klik atau klik paksa maklumat orang tersebut (jarak ditunjukkan apabila anda bersambung ke rangkaian Wi-Fi).
Zum masuk pada peta: Dwiklik pada peta.
Zum keluar pada peta: Tekan dan tahan kekunci Option semasa anda dwiklik peta.
Gerakkan peta ke sekeliling: Tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta.
Buka peta dalam app Peta: Dwiklik gambar atau parap orang itu pada peta. Anda boleh memeriksa keadaan trafik, maklumat transit dan butiran lain dalam Peta.