Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pilihan storan cache kandungan
Gunakan dialog Storan dalam pilihan cache kandungan untuk menentukan berapa banyak storan yang anda mahu gunakan untuk kandungan cache. Untuk mengakses pilihan Storan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, pilih Cache Kandungan, kemudian klik Pilihan.
Cache Lokasi | Lokasi cache kandungan. Pilihan ini hanya tersedia jika anda mempunyai berbilang volum pada Mac anda. Untuk menukar lokasi cache, pilih Edit. Untuk mengosongkan cache kandungan, klik Set Semula. | ||||||||||
Storan Digunakan | Jumlah storan yang sedang digunakan untuk kandungan cache. | ||||||||||
Saiz Cache | Gunakan gelangsar untuk mengeset saiz cache kandungan. |
Untuk menentukan sama ada anda telah memperuntukkan storan yang cukup untuk cache kandungan, lihat Lihat statistik cache kandungan.