Keutamaan Sambungan
Gunakan Keutamaan Sistem Sambungan untuk mendayakan dan menyahdayakan sambungan Mac Apple dan pihak ketiga. Sambungan Mac, seperti Penanda, menambah fungsi tambahan ke app atau ke Finder.
Anda juga boleh memilih sambungan untuk disertakan dalam menu Kongsi dan memilih widget untuk paparan Hari Ini dalam Pusat Pemberitahuan.
Untuk membuka keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sambungan.
Buka keutamaan Sambungan untuk saya
Semua | Lihat semua sambungan yang anda pasang pada Mac anda. Ini adalah sambungan yang dicipta oleh pembangun pihak ketiga. Jika sambungan ialah sambungan kandungan yang membolehkan fungsi tambahan dalam app, anda melihat kotak semak Tindakan di bawah sambungan. Jika ia ialah sambungan Finder, anda melihat kotak semak Finder. Pilih kotak semak untuk mendayakan sambungan. |
Tindakan | Lihat semua kandungan sambungan yang dipasang pada Mac anda. Pilih sambungan kandungan untuk menjadikannya tersedia dalam app. Sebagai contoh, jika Penanda dipilih, anda boleh melukis pada gambar dan tandatangan dokumen dalam Mail, TextEdit dan app lain. |
Finder (tersedia hanya jika anda mempunyai sambungan Finder dipasang) | Lihat semua sambungan Finder dipasang pada Mac anda. Pilih sambungan Finder untuk menjadikannya tersedia dalam Finder. |
Pengeditan Foto (tersedia hanya jika dipasangkan) | Lihat semua sambungan Foto yang dipasang pada Mac anda, seperti Penanda. Pilih sambungan Foto untuk menjadikannya tersedia dalam Foto semasa mengedit foto. |
Menu Kongsi | Pilih sambungan perkongsian yang anda mahu sertakan dalam menu Kongsi (tersedia daripada butang Kongsi dalam Finder dan dalam kebanyakan app Mac).
|
Hari Ini | Pilih widget, seperti Cari Rakan Saya, untuk disertakan dalam paparan Hari Ini di Pusat Pemberitahuan. Anda juga boleh menunjukkan atau menyembunyikan widget terus di paparan Hari Ini. |