![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/937fa92677a2c49a18fa81070e5d8419.png)
Gunakan folder dikongsi dengan Time Machine
Anda boleh menyediakan folder dikongsi pada Mac anda yang komputer Mac lain boleh gunakan sebagai destinasi sandaran Time Machine. Folder mesti terletak pada volum Sistem Fail Apple (APFS) dan dikongsi menggunakan protokol SMB.
Sediakan folder sandaran Time Machine dikongsi
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian.
Pilih kotak semak Perkongsian Fail.
Klik Pilihan, kemudian pastikan “Kongsi fail dan folder menggunakan SMB” dipilih.
Klik butang Tambah
di bahagian bawah senarai Folder Dikongsi.
Navigasi ke dan pilih folder yang anda mahu gunakan untuk perkongsian, kemudian klik Tambah.
Control-klik nama folder, kemudian pilih Pilihan Lanjutan.
Pastikan SMB dipilih dalam menu timbul “Kongsi melalui“.
Penting: Anda tidak boleh menggunakan Protokol Fail Apple (AFP) untuk berkongsi destinasi sandaran Time Machine.
Pilih “Kongsi sebagai destinasi sandaran Time Machine.”
Jika dikehendaki, pilih “Had sandaran ke,” kemudian masukkan saiz.
Klik OK.