![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/ffd8664a0029ca9706758da54d7d49d2.png)
Jika halaman web atau pautan tidak terbuka
Semak mesej yang dipaparkan apabila halaman gagal dibuka. Ia mungkin memberikan maklumat penting untuk menyelesaikan masalah.
Tapak web mungkin tidak tersedia buat sementara waktu. Cuba semula nanti.
Pastikan anda mempunyai alamat yang betul untuk halaman web dan anda menaipnya dengan betul.
Pelayar web anda mungkin tidak dapat membuka halaman web kerana ia tidak mengenali bahagian pertama alamatnya, yang mengenal pasti Protokol Internet (seperti HTTP atau HTTPS). Cuba memadam Protokol Internet daripada alamat tersebut. (Sebagai contoh, jika alamatnya ialah “https://www.example.com,” tukarnya kepada “www.example.com.”)
Jika anda cuba membuka halaman web menggunakan alamat Bonjour, pastikan halaman pada subjaringan yang sama seperti komputer anda.
Jika anda menyambung kepada Internet melalui rangkaian korporat atau perusahaan, rangkaian mungkin mempunyai tembok api yang menghalang anda membuka halaman web. Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk bantuan.
Cuba memasukkan /index.html atau /index.htm di penghujung alamatnya.
Sesetengah tapak web menghalang menggunakan pelayar yang tidak dikenali. Hubungi pentadbir tapak web untuk mengetahui jika ia menghalang penggunaan sesetengah pelayar.