Tukar keutamaan Pengguna Pengguna & Kumpulan pada Mac
Gunakan anak tetingkap Pengguna dari Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk menukar seting akaun anda pada Mac ini. Jika anda pentadbir Mac, anda juga boleh menukar seting untuk orang lain yang menggunakan Mac anda.
Untuk melihat keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan. Pilih pengguna di sebelah kiri, kemudian, jika anda memilih diri anda, klik Kata Laluan di bahagian atas tetingkap. Jika pengguna lain sedang log masuk Mac ini, anda tidak boleh memilihnya.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Gambar pengguna | Klik gambar untuk mengeditnya, kemudian pilih gambar baru.
Anda boleh seret dan lepas fail imej daripada Finder ke gambar berbanding mengklik gambar. | ||||||||||
Ubah Kata Laluan Reset Kata Laluan | Klik butang untuk ubah kata laluan log masuk dan pembayang kata laluan. Untuk menggunakan Pembantu Kata Laluan, klik kunci bersebelahan medan Kata Laluan. Lihat Petua untuk mencipta kata laluan selamat. | ||||||||||
Kad Kenalan | Klik Buka untuk lihat dan edit kad Kenalan anda. Hanya tersedia untuk pengguna yang sedang log masuk. | ||||||||||
Benarkan pengguna untuk reset kata laluan dengan menggunakan Apple ID | Benarkan pengguna menukar kata laluan untuk Mac ini pada log masuk dengan memasukkan Apple ID dan kata lauan mereka. Untuk menggunakan pilihan ini, pengguna mesti telah sediakan iCloud pada Mac ini. Walau bagaimanapun, pilihan ini tidak tersedia jika FileVault diaktifkan dan disetkan untuk membenarkan pengguna reset kata laluan mereka pada permulaan menggunakan Apple ID mereka. | ||||||||||
Benarkan pengguna untuk mentadbir komputer ini | Jadikan pengguna sebagai pentadbir untuk Mac ini. | ||||||||||
Dayakan kawalan ibu bapa | Membenarkan anda mengurus pengguna dengan kawalan ibu bapa. Untuk setkan sekatan, klik Buka Kawalan Ibu Bapa. Lihat Sediakan kawalan ibu bapa. | ||||||||||
Tambah dan Keluarkan | Untuk menambah pengguna atau kumpulan baru, klik butang Tambah , kemudian masukkan maklumat bagi pengguna atau kumpulan baru. Untuk memadam pengguna atau kumpulan, pilihnya dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan . Lihat Padam pengguna atau kumpulan. | ||||||||||
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Pengguna & Kumpulan. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |
Untuk memberikan kebenaran pengguna untuk akses fail atau skrin dikongsi, anda mungkin perlu untuk ubah seting dalam Perkongsian Fail, Perkongsian Skrin atau anak tetingkap Pengurusan Jauh dari keutamaan Perkongsian. Lihat Sediakan perkongsian fail dan Kongsi skrin dari Mac lain.