Cipta dan uruskan tema Keynote pada Mac
Jika anda mencipta pembentangan yang anda mahu gunakan sekali lagi sebagai model untuk pembentangan lain, anda boleh menyimpannya sebagai tema. Mencipta tema anda sendiri adalah semudah menambah logo syarikat anda pada tema sedia ada atau anda boleh mereka bentuk tema yang baru sepenuhnya.
Anda boleh menambah tema tersuai anda pada pemilih tema, simpannya sebagai fail untuk dikongsi dengan orang lain dan gunakannya dalam Keynote pada Mac, iPhone atau iPad anda. Tema tersuai yang anda cipta pada Mac anda dihimpunkan dalam kategori Tema Saya pada pemilih tema dan dikongsi merentas semua peranti anda.
Simpan pembentangan sebagai tema
Jika anda telah mendaftar masuk ke iCloud dan iCloud Drive diaktifkan apabila anda menyimpan tema tersuai anda, ia tersedia merentas peranti anda (tetapi bukan dalam Keynote untuk iCloud).
Dengan pembentangan terbuka, pilih Fail > Simpan Tema (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik pilihan:
Tambah ke Pemilih Tema: Taipkan nama untuk tema, kemudian klik Pilih. Anda boleh melihat tema baru pada semua peranti anda selagi anda telah mendaftar masuk ke iCloud dan iCloud Drive diaktifkan apabila anda menyimpan tema.
Simpan: Taipkan nama untuk tema, kemudian pilih tempat yang anda mahu menyimpannya.
Jika anda mahu e-mel tema kepada orang lain, simpannya ke komputer anda. Anda boleh lampirkan fail tema kepada mesej e-mel.
Pasang tema daripada sumber lain pada Mac anda
Anda boleh memasang tema tersuai yang anda terima sebagai lampiran dengan menambahnya pada pemilih tema dalam Keynote.
Nota: Jika anda mencipta tema tersuai dan memilih Tambah ke Pemilih Tema semasa anda didaftar masuk ke iCloud, ia telah dipasang pada semua peranti anda dan tersedia dalam kategori Tema Saya pada pemilih tema. Lihat Simpan pembentangan sebagai tema.
Dwiklik fail tema (jika sambungan nama fail ialah ".kth"), kemudian klik Tambah pada Pemilih Tema.
Anda boleh setkan Keynote untuk sentiasa membuka pembentangan baru daripada tema yang sama berbanding pemilih tema. Pilih Keynote > Keutamaan (daripada menu Keynote di bahagian atas skrin anda). Dalam anak tetingkap Umum, pilih “Gunakan tema,” kemudian klik Tukar Tema bagi memilih tema.
Namakan semula atau padam tema tersuai
Jika anda telah mendaftar masuk ke iCloud dan iCloud Drive diaktifkan, memadamkan tema tersuai akan memadamkannya daripada semua peranti anda.
Dalam pemilih tema, Control-klik nama tema, kemudian pilih Nama Semula atau Padam.
Jika anda menamakan semula, taipkan nama baru, kemudian tekan Return.
Tema tersuai sentiasa muncul dalam kategori Tema Saya dalam pemilih tema, dalam urutan yang ia ditambah. Anda tidak dapat menyusunnya semula.
Edit tema tersuai
Selepas anda menyimpan tema tersuai yang anda cipta, anda tidak boleh mengeditnya. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakannya sebagai asas untuk tema baru.
Pilih Fail > Baru, kemudian dwiklik tema tersuai yang anda mahu gunakan sebagai asas untuk tema baru.
Tema tersuai muncul dalam kategori Tema Saya dalam pemilih tema. Jika anda mahu menggunakan tema tersuai yang tidak muncul di sini, anda mesti memasang tema tersuai terlebih dahulu (lihat arahan di atas).
Buat perubahan anda, pilih Fail > Simpan Tema, kemudian pilih pilihan untuk menyimpan pembentangan sebagai tema baru.
Anda boleh memadamkan tema lama selepas anda mencipta tema baru.