Gunakan iCloud Drive dengan Keynote pada Mac
iCloud Drive menyimpan pembentangan anda dan memastikannya kekal terkini pada komputer, peranti iOS dan iPadOS anda yang mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama. Anda sentiasa melihat versi terkini pembentangan anda, tidak kira tempat anda membuat pengeditan terakhir anda.
Untuk penyelarasan pembentangan yang lancar, gunakan iCloud Drive, iOS 8 atau lebih baru atau iPadOS pada peranti anda dan OS X 10.10 atau lebih baru pada komputer anda. Pada iPhone atau iPad, item yang disimpan dalam iCloud Drive muncul dalam pengurus pembentangan.
Anda juga boleh menggunakan Keynote untuk iCloud untuk cipta dan edit pembentangan Keynote menggunakan pelayar web yang disokong pada Mac atau komputer Windows.
Sediakan iCloud Drive pada Mac anda
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Jika anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID: Klik Apple ID.
Jika anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID: Klik Daftar Masuk, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ikuti arahan.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID: Klik Cipta Apple ID untuk mendapatkannya, kemudian daftar masuk.
Penting: Jika anda terlupa Apple ID anda atau kata laluannya, anda boleh memulihkannya pada tapak web Apple ID. Walaupun anda boleh mempunyai lebih daripada satu Apple ID, ia tidak disyorkan. Pembelian yang dibuat menggunakan satu Apple ID tidak boleh digabungkan dengan pembelian yang dibuat menggunakan Apple ID lain.
Klik iCloud, kemudian pilih kotak semak iCloud Drive.
Klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pilih kotak semak Keynote.
Apabila iCloud dinyahaktifkan untuk Keynote pada Mac anda, pengeditan yang anda buat atau pembentangan baru yang anda cipta tidak disimpan dalam iCloud Drive. Pembentangan yang baru dicipta atau ditukar pada peranti anda atau pada komputer lain anda tidak tersedia dalam Keynote pada Mac anda.
Buka Keynote untuk app web iCloud
Pembentangan yang anda cipta menggunakan Keynote untuk iCloud tersedia secara automatik dalam Keynote pada Mac, iPhone dan iPad anda yang disediakan untuk menggunakan iCloud—dan sebaliknya. Jika anda mencipta Pembentangan menggunakan Keynote pada iPhone, iPad atau Mac, pembentangan muncul secara automatik dalam Keynote untuk iCloud.
Pastikan anda telah mendaftar masuk ke iCloud pada Mac anda dan iCloud Drive dipilih (dalam menu Apple > Keutamaan Sistem > Apple ID > iCloud > iCloud Drive).
Klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pilih kotak semak Keynote.
Pada komputer Mac atau Windows anda, pergi ke iCloud.com dan daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama.
Klik Keynote.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan Keynote untuk iCloud, lihat Bantuan Keynote untuk iCloud.
Petua untuk menguruskan pembentangan merentas peranti
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang menggunakan iCloud untuk menguruskan pembentangan anda merentas peranti:
Jika anda mengedit kemudian menutup pembentangan semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda akan melihat ikon awan bersebelahan imej kecil pembentangan dalam dialog Buka pada Mac anda. Pada kali seterusnya anda bersambung ke internet, pembentangan yang diedit akan disimpan dalam iCloud Drive.
Jika anda edit pembentangan pada berbilang komputer atau peranti dan tidak memberikan masa untuk pengeditan anda diselaraskan, anda akan melihat konflik. Jika anda menghadapi konflik, anda boleh memilih untuk mengekalkan sebarang atau semua versi tersebut. (Ini hanya tertakluk pada pembentangan yang tidak dikongsikan dengan lain).
Jika anda padamkan pembentangan yang dikongsi dengan anda, ia juga dipadamkan daripada iCloud Drive dan Keynotes pada semua peranti anda. Anda boleh klik lagi pautan dikongsi itu untuk menambah semula pembentangan itu ke iCloud Drive anda, menjadikannya tersedia semula pada semua komputer dan peranti anda dengan iCloud diaktifkan.
Jika anda menggunakan folder untuk menyusun pembentangan anda, susunan folder yang sama digunakan pada semua peranti anda.
Jika anda menambah kata laluan pada pembentangan pada satu peranti, kata laluan tersebut diperlukan untuk membuka pembentangan pada semua peranti anda.