Panduan Pengguna Keynote untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Keynote
- Eksport ke PowerPoint atau format fail lain
- Kurangkan saiz fail pembentangan
- Simpan pembentangan besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal pembentangan
- Alihkan pembentangan
- Padam pembentangan
- Lindungi pembentangan dengan kata laluan
- Kunci pembentangan
- Cipta dan uruskan tema Keynote
- Hak Cipta
Tambah atau padamkan jadual dalam Keynote pada Mac
Apabila anda menambah jadual, anda memilih daripada sebilangan gaya yang telah direka bentuk yang sepadan dengan tema anda. Selepas anda menambahkan jadual, anda boleh menyesuaikannya mengikut pilihan anda.
Tambah jadual baru
Klik dalam bar alat, kemudian pilih jadual atau seret jadual ke slaid.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Taip dalam sel: Klik sel, kemudian mula menaip.
Alihkan jadual: Klik jadual, kemudian seret di penjuru kiri atas.
Tambah atau keluarkan baris: Klik jadual, klik di penjuru kiri bawah jadual, kemudian ketik anak panah tersebut.
Saiz semula jadual: Klik jadual, klik di penjuru kiri atas, kemudian Shift-seret segi empat putih di penjuru kanan bawah untuk saiz semula jadual secara berkadaran.
Tukar seting warna baris bersilih ganti: Klik jadual; dalam bar sisi Format , klik tab Jadual; kemudian pilih atau nyahpilih Baris Bersilih Ganti. (Untuk memilih warna berbeza, klik perigi warna.)
Tukar rupa jadual: Klik jadual, kemudian gunakan kawalan dalam tab Jadual pada bar sisi di sebelah kanan untuk membuat perubahan, seperti menambah nama atau garis kasar jadual.
Cipta jadual daripada sel sedia ada
Apabila anda mencipta jadual baru daripada sel dalam jadual sedia ada, data sel asal dialihkan, bukan disalin. Jadual asal dibiarkan dengan sel kosong, yang anda boleh padam.
Pilih sel dengan data yang anda mahu gunakan untuk mencipta jadual baru.
Klik dan tahan pilihan sehingga ia kelihatan terangkat, kemudian seretnya ke tempat lain pada slaid.
Untuk memadam sel kosong daripada jadual asal, pilih sel kosong, Control-klik, kemudian pilih Padam Baris atau Padam Lajur.
Padamkan jadual
Klik jadual, klik di penjuru kiri atas, kemudian tekan Delete di papan kekunci anda.