Panduan Pengguna Keynote untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Keynote
- Eksport ke PowerPoint atau format fail lain
- Kurangkan saiz fail pembentangan
- Simpan pembentangan besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal pembentangan
- Alihkan pembentangan
- Padam pembentangan
- Lindungi pembentangan dengan kata laluan
- Kunci pembentangan
- Cipta dan uruskan tema Keynote
- Hak Cipta
Kumpul atau leraikan slaid dalam Keynote pada Mac
Anda boleh menghimpun slaid dalam penavigasi slaid dengan menginden slaid yang dipilih di bawah slaid lain. Perkumpulan tidak menjejaskan cara pembentangan dimainkan dan ia boleh membantu anda menyusun dan mengaturkan slaid dengan lebih berkesan. Anda boleh mengalihkan slaid yang dihimpunkan sebagai set dan meruntuhkan kumpulan untuk paparan susunan pembentangan anda yang lebih baik.
Himpunkan slaid
Dalam penavigasi slaid, klik untuk memilih slaid atau memilih berbilang slaid yang anda mahu kumpulkan di bawah slaid di atas.
Seret slaid ke kanan sehingga garis muncul di sebelah kiri.
Slaid boleh diinden sehingga enam paras ke bawah, namun anda boleh menginden hanya satu paras antara slaid berturutan.
Leraikan slaid
Dalam penavigasi slaid, klik untuk memilih slaid atau memilih berbilang slaid, kemudian seretnya ke kiri sehingga ia tidak lagi berinden.