
Tambah imej dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menambah foto, grafik dan imej SVG ke sebarang slaid dan menggantikan ruang letak media dengan imej anda sendiri. Anda boleh menambah imej daripada album foto pada peranti anda, memasukkan imej dari iCloud, menjana imej daripada perihalan teks atau mengambil foto dengan peranti anda dan menambahnya terus pada slaid anda.
Anda juga boleh menambah imej premium daripada Hab Kandungan ke pembentangan anda. Ketik
dalam bar alat, ketik kategori objek di bahagian atas dialog, kemudian ketik imej premium untuk menambahnya ke slaid. Sesiapa sahaja boleh menggunakan imej Hab Kandungan premium, tetapi anda perlu melanggan Apple Creator Studio untuk mengeluarkan tera air daripada imej. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Ketahui lebih lanjut tentang Apple Creator Studio.
Petua: Jika anda mempunyai model iPad dengan M1 atau lebih baharu, atau iPad mini dengan A17 Pro, anda boleh menggunakan Image Playground dengan Apple Intelligence* untuk mencipta imej yang menyeronokkan dan asal berdasarkan perihalan serta konsep yang dicadangkan. Anda juga boleh melaraskan gaya dan membuat perubahan agar sepadan dengan teks pada slaid dengan mudah. Pilih teks atau imej yang anda mahu gunakan, kemudian ketik Tambah ke Playground. Anda juga boleh mengetik
, ketik
, kemudian ketik Image Playground. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apple Intelligence, lihat Panduan Pengguna iPad.
Tambah imej
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.Buka pembentangan, ketik
dalam bar alat, kemudian ketik Pilih Foto atau Video.Untuk memasukkan imej SVG, atau fail daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik Pilih Fail.
Navigasi ke imej, kemudian ketiknya.
Seret sebarang titik biru untuk mensaiz semula imej.
Jika anda tidak dapat menggantikan imej pada slaid, imej mungkin telah dikunci atau dihimpun.
Anda juga boleh salin imej daripada dokumen atau aplikasi lain.
Jana imej daripada perihalan teks
Jika anda melanggan Apple Creator Studio dan peranti anda menyokong Apple Intelligence, maka anda boleh menggunakan Penjanaan Imej untuk mencipta imej resolusi tinggi tersuai daripada perihalan teks. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apple Intelligence, lihat Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Ciri ini tidak tersedia di semua negara dan rantau. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Perihal Apple Creator Studio.
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.Buka pembentangan, kemudian ketik
dalam bar alat.Pilih gaya, paparan dan aspek imej yang anda mahu cipta dalam tetingkap Jana Imej.
Taipkan atau tampal perihalan teks untuk imej yang anda mahu jana dalam medan teks, kemudian ketik
.Imej berdasarkan perihalan teks dan pilihan anda dijana.
Untuk mengedit imej, gunakan kawalan di bahagian bawah skrin atau taip dalam medan teks, kemudian ketik
.Untuk bermula semula, ketik
.Lakukan salah satu daripada berikut:
Simpan imej: Ketik
, kemudian pilih tempat yang anda mahu menyimpan imej.Tambah imej pada slaid: Ketik butang Masukkan.
Nota: Jika anda diminta untuk menghantar imej, pilih Benarkan Sekali atau Sentiasa Benarkan.
Penting: Penjanaan Imej tertakluk pada pengehadan penggunaan. Untuk menyemak status penggunaan anda, ketik
, ketik Ciri Kecerdasan, kemudian ketik Tunjukkan Status Penggunaan.
Cipta ruang letak media
Anda boleh menambah ruang letak media (yang anda boleh tambahkan fail imej, video, atau audio) pada pembentangan. Menggunakan ruang letak media membolehkan anda menggantikan media dengan mudah tanpa mengganggu elemen lain pada slaid.
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.Buka pembentangan, kemudian tambah imej pada slaid anda.
Ketik imej untuk memilihnya, ketik
, ketik Imej, kemudian ketik Setkan sebagai Ruang Letak.Anda boleh memformatkan imej supaya sepadan dengan rupa imej pembentangan yang anda mahukan. Contohnya, anda boleh menambah topeng atau jidar, memutarkan imej atau menukar saiznya.
Gantikan ruang letak media dengan imej
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.Buka pembentangan dengan ruang letak media.
Ketik
di penjuru kanan bawah ruang letak media, kemudian ketik Pilih Foto atau Video.Navigasi ke imej.
Untuk menggunakan foto daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik “Masukkan daripada” di bawah album.
Ketik foto yang anda mahu tambah.
Jika anda memasukkan foto daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik folder untuk mencari imej.
Seret sebarang titik biru untuk mensaiz semula imej.
Ambil foto dalam Keynote dan tambahnya pada pembentangan
Anda boleh mengambil foto dengan kamera pada peranti anda dan memasukkan imej secara terus ke dalam pembentangan anda.
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.Buka pembentangan, kemudian lakukan satu daripada berikut pada slaid yang anda mahu tambahkan foto:
Ketik
di penjuru kanan bawah ruang letak media, kemudian ketik Ambil Foto atau Video.Ketik
dalam bar alat, kemudian ketik Ambil Foto atau Video.
Untuk mengambil foto, ketik Foto, ketik
, kemudian lakukan satu daripada berikut:Masukkan foto: Ketik Gunakan Foto.
Ambil foto sekali lagi: Ketik Ambil Semula.
Batal dan kembali ke pembentangan: Ketik Ambil Semula, kemudian ketik Batal.
Seret sebarang titik biru untuk mensaiz semula imej.
Anda boleh mengedit foto sama seperti dengan sebarang imej lain. Foto kelihatan dalam app Foto pada peranti anda.
Tambah perihalan imej
Anda boleh tambahkan perihalan kepada sebarang imej dalam pembentangan anda. Perihalan imej dibaca dengan teknologi bantu (sebagai contoh, VoiceOver) apabila seseorang menggunakan teknologi tersebut untuk mengakses pembentangan anda. Perihalan imej tidak boleh dilihat di mana-mana dalam pembentangan anda.
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.Buka pembentangan, ketik imej untuk memilihnya, ketik
, kemudian ketik Imej.Ketik Perihalan, kemudian ketik dalam kotak teks dan masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport pembentangan anda sebagai PDF, perihalan imej masih boleh dibaca oleh teknologi bantu. Lihat Eksport ke PowerPoint atau format fail lain.
Untuk menambah perihalan pada imej dalam galeri imej, lihat Tambah galeri imej. Untuk menambahkan kapsyen ke imej anda, lihat Tambahkan kapsyen atau tajuk ke objek.
Untuk bekerja dengan berbilang imej pada masa yang sama, sentuh dan tahan satu imej, kemudian ketik imej lain dengan jari lain.
Petua: Anda juga boleh memecahkan imej SVG menjadi bentuk, kemudian editnya secara individu. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Gabungkan atau pecahkan bentuk.