Bermula dengan Keynote pada iPad
Keynote menjadikannya mudah untuk mencipta pembentangan yang cantik dan menawan dengan animasi menyeronokkan, transisi menarik dan kemasan profesional.
Bermula dengan tema
Mencipta tayangan slaid? Mulakan dengan tema, kemudian ubah suainya mengikut keinginan anda. Tema disertakan tataletak slaid diprareka bentuk yang mempunyai ruang letak untuk kandungan anda sendiri. Pergi ke app Keynote pada iPad anda, ketik Pilih Tema untuk membuka pemilih tema, kemudian ketik tema.
Hidupkan pembentangan anda dengan animasi
Animasi membantu tayangan slaid anda kelihatan lebih dinamik dengan menggerakkan objek ke dalam, keluar atau di sekeliling slaid. Ketik objek yang anda mahu animasikan, ketik Animasi, kemudian ketik Tambah Bina Masuk, Tambah Tindakan atau Tambah Bina Keluar. Ketik kesan animasi dalam senarai, kemudian ketik Selesai.
Gunakan transisi slaid
Transisi memberikan tayangan slaid anda penampilan lebih lancar semasa anda beralih dari satu slaid ke slaid seterusnya semasa pembentangan. Untuk menambah transisi, ketik slaid dalam penavigasi slaid, ketik Transisi, ketik Tambah Transisi, ketik kesan transisi, kemudian ketik Selesai.
Eksport pembentangan anda
Anda boleh menyimpan salinan pembentangan anda sebagai fail Keynote atau dalam format lain seperti PDF, PowerPoint, filem dan banyak lagi. Untuk mengeksport pembentangan anda, ketik dalam bar alat, ketik Eksport, kemudian ketik format yang anda mahu gunakan.
Mainkan pembentangan anda
Untuk berlatih pembentangan anda, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Berlatih Tayangan Slaid. Apabila anda bersedia untuk menyampaikan pembentangan anda kepada khalayak, ketik slaid yang anda mahu mulakan dalam penavigasi slaid, kemudian klik dalam bar alat. Ketik slaid untuk maju menerusi tayangan slaid atau leret ke kanan untuk kembali ke slaid sebelumnya.
Ingin mengetahui lebih lanjut?