Jika app dengan tandatangan dikompromi meminta akses ke rantai kunci anda
App ini telah ditandatangani dengan selamat, tetapi tandatangan itu telah dikompromi, menunjukkan bahawa pengubahsuaian tanpa keizinan mungkin dibuat pada app. Akses Rantai Kunci meminta kebenaran anda untuk memberikan kata laluan kepada app.
Penting: Teruskan dengan berawas. Pertimbangkan memasang semula app atau memulihkannya dari sandaran.
Pilih salah satu daripada yang berikut, kemudian masukkan kata laluan anda:
Benarkan: Memberikan akses masa ini sahaja. Anda ditanya lagi kali seterusnya app memerlukan kata laluan.
Selalu Benarkan: Benarkan app memperoleh kata laluan daripada rantai kunci anda tanpa sebarang keizinan atau notis selanjutnya daripada anda. Oleh kerana identiti tidak dapat diwujudkan dengan selamat, pilihan ini mungkin tidak tersedia.
Tolak: Mengelakkan app daripada memperoleh kata laluan daripada rantai kunci anda. Anda perlu masukkan kata laluan secara manual.