Jika anda menghadapi masalah dengan sambungan selamat ke iTunes pada PC
Pengguna yang dapat melayari iTunes Store tetapi tidak dapat mendaftar masuk atau membeli kandungan mungkin melihat mesej berikut:
“iTunes tidak dapat bersambung ke iTunes Store. Sambungan rangkaian selamat tidak dapat diwujudkan. Pastikan SSL 3.0 atau TLS 1.0 didayakan dalam panel kawalan Internet Options, kemudian cuba sekali lagi.”
Atau, mesej ini mungkin kelihatan:
“Kami tidak dapat melengkapkan Permintaan iTunes Store anda. iTunes Store tidak tersedia buat sementara waktu. Sila cuba sekali lagi nanti.”
Untuk menyelesaikannya, semak tarikh, masa dan zon waktu komputer anda. Jika salah, resetnya.
Setkan tarikh, masa dan zon waktu yang betul:
Pada PC anda, pergi ke Mula, kemudian pilih Seting.
Klik “Masa & bahasa” dalam bar sisi, kemudian klik “Tarikh & masa”.
Jika ia belum diaktifkan, aktifkan “Setkan masa secara automatik”.
Jika mereset tarikh dan masa tidak menyelesaikan masalah:
Pada PC anda, pergi ke Mula, kemudian pilih Seting.
Cari Pilihan Internet di penjuru kiri atas.
Klik Lanjutan.
Di bawah bahagian Keselamatan, cari Gunakan SSL 3.0 dan Gunakan TLS 1.0. Pastikan bahawa sekurang-kurangnya salah satu pilihan tersebut dipilih, kemudian klik OK (anda boleh memilih kedua-duanya).