Padam lagu dan item lain dalam iTunes pada PC
Dalam iTunes pada PC, padamkan lagu, filem, rancangan TV dan kandungan lain. Anda boleh mengeluarkan item daripada pustaka anda atau daripada komputer anda.
Padam lagu dan album
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik item untuk memilihnya, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik Padam [item].
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka iTunes anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Alihkan ke Tong Kitar Semula. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Tong Kitar Semula.
Jika anda melanggan Apple Music atau iTunes Match, lagu yang anda padamkan daripada pustaka iTunes anda masih tersedia di iCloud, jadi anda boleh memainkan atau memuat turunnya pada bila-bila masa.
Jika anda tidak dapat mengeluarkan lagu, pastikan anda tidak memilih lagu dalam Senarai Main Pintar dengan “Kemas kini langsung” diaktifkan.
Padam filem dan rancangan TV
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Filem atau rancangan TV daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik item untuk memilihnya, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik Padam [item].
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka iTunes anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Alihkan ke Tong Kitar Semula. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Tong Kitar Semula.
Anda boleh menyembunyikan item yang anda belum muat turun ke pustaka iTunes anda. (Untuk menambahnya semula ke pustaka, anda boleh memuat turunnya semula.)