Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Gunakan Cari iPhone Saya untuk mencari peranti anda
App Cari iPhone Saya membantu anda mencari dan melindungi iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch, AirPods, atau Mac yang hilang atau dicuri. Jika anda kehilangan peranti anda, gunakan app Cari iPhone Saya pada peranti lain, atau gunakan app web Cari iPhone Saya pada sebarang Mac atau PC untuk mencari peranti anda pada peta, menguncinya dari jauh, memainkan bunyi, memaparkan mesej, atau memadamkan semua datanya. Cari iPhone Saya menyertakan ciri yang dipanggil Kunci Pengaktifan yang menghalang sesiapa sahaja daripada mengaktifkan dan menggunakan peranti anda, walaupun ia telah dipadamkan sepenuhnya.
Penting: Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu menyediakan dan mengaktifkan Cari [peranti] Saya pada setiap peranti sebelum ia hilang. Serta, peranti anda mestilah boleh disambungkan ke Internet. (Cari iPhone Saya diaktifkan secara automatik pada AirPods yang anda gunakan dengan peranti yang mengaktifkan Cari [peranti] Saya.)
Sediakan Cari iPhone Saya
Pergi ke Seting > Privasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Cari iPad Saya.
Aktifkan Cari iPad Saya.
Untuk membolehkan peranti anda menghantar lokasi terakhirnya sebelum kehabisan bateri, aktifkan Hantar Lokasi Terakhir.
Ahli keluarga boleh membantu anda mencari peranti anda yang hilang jika anda menyediakan perkongsian lokasi dengan mereka sebelum peranti anda hilang. Lihat Cari peranti ahli keluarga yang hilang.
Cari peranti
Pada iPad atau peranti iOS lain, buka Cari iPhone Saya.
Atau pada komputer, pergi ke app web Cari iPhone Saya di iCloud. Daftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian pilih peranti yang anda mahu cari.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan Bunyi: Mainkan bunyi pada kelantangan penuh selama 2 minit, walaupun pendering disetkan kepada senyap.
Mod Hilang: Kunci segera peranti anda yang hilang dengan kata laluan dan hantar mesej tersuai pada skrin dengan nombor kenalan. Cari iPhone Saya menjejaki dan melaporkan lokasi peranti anda, supaya anda dapat melihat tempat ia telah berada.
Apabila peranti yang menyokong Apple Pay berada dalam Mod Hilang, Cari iPhone Saya menggantung kad kredit, debit dan ID pelajar anda serta-merta dan menyahdayakan Apple Pay, walaupun peranti di luar talian. Lihat Keluarkan kad anda daripada Apple Pay jika iPad anda hilang atau dicuri.
Padam peranti anda yang hilang: Lindungi privasi anda dengan memadamkan semua maklumat dan media pada peranti anda yang hilang dan memulihkannya ke seting kilang asal. Kunci Pengaktifan menghalang orang lain daripada mengaktifkan dan menggunakan peranti anda, walaupun selepas anda memadamkannya dengan Cari iPhone Saya. Pada model yang menyokong Apple Pay, memadam iPad juga menggantung kad kredit, debit dan ID pelajar anda serta-merta dan menyahdayakan Apple Pay, walaupun peranti di luar talian.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Bantu saya cari iPad saya” atau “Mainkan bunyi pada iPod touch saya.” Ketahui cara meminta Siri.
Sebelum anda menjual atau memberikan iPad anda kepada orang lain, anda perlu memadamkannya sepenuhnya dalam Seting , yang mengeluarkan Kunci Pengaktifan. Kemudian pemilik seterusnya boleh mengaktifkan dan menggunakan peranti itu dengan normal.