Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Buat dan terima panggilan Wi-Fi pada iPad
Dengan Kesinambungan, anda boleh membuat dan menerima panggilan pada iPad dan peranti Apple lain anda dengan penggantian panggilan menerusi iPhone anda.
Untuk membuat panggilan dengan cara ini, anda memerlukan iOS 9 atau lebih baru dan OS X 10.10 atau lebih baru. Anda mesti mendaftar masuk ke iCloud dan FaceTime pada semua peranti menggunakan Apple ID yang sama pada iPhone.
Nota: Panggilan Wi-Fi ke peranti lain tersedia dengan sesetengah pembawa dan caj selular mungkin dikenakan.
Anda mesti menyediakan iPhone anda dahulu, kemudian iPad anda. Jika anda log keluar dari iCloud atau FaceTime pada iPhone, panggilan Wi-Fi dinyahdayakan.
Sediakan panggilan Wi-Fi pada iPhone anda
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Selular.
Jika iPhone anda mempunyai Dwi SIM, pilih talian (di bawah Pelan Selular).
Ketik Panggilan Wi-Fi, kemudian aktifkan Panggilan Wi-Fi pada iPhone Ini.
Masukkan atau sahkan alamat anda untuk perkhidmatan kecemasan.
Nota: Panggilan kecemasan pada iPhone anda dihalakan melalui servis selular apabila tersedia. Jika perkhidmatan selular tidak tersedia dan anda telah mendayakan Panggilan Wi-Fi, panggilan kecemasan mungkin boleh dilakukan menggunakan Wi-Fi dan maklumat lokasi peranti anda mungkin boleh digunakan untuk panggilan kecemasan bagi membantu usaha respons, tanpa mengira sama ada anda mendayakan Perkhidmatan Lokasi. Sesetengah pembawa mungkin menggunakan alamat yang anda daftar dengan pembawa semasa mendaftar untuk Panggilan Wi-Fi sebagai lokasi anda. Apabila disambungkan ke panggilan Wi-Fi, iPhone anda mungkin tidak menerima isyarat kecemasan.
Benarkan panggilan Wi-Fi pada peranti lain anda
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Selular.
Jika iPhone anda mempunyai Dwi SIM, pilih talian (di bawah Pelan Selular).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik Panggilan pada Peranti Lain, aktifkan Benarkan Panggilan pada Peranti Lain, kemudian pilih peranti yang anda mahu membuat dan menerima panggilan.
Ini membenarkan peranti lain yang mendaftar masuk ke akaun iCloud anda untuk membuat dan menerima panggilan apabila ianya berhampiran iPhone anda dan pada Wi-Fi.
Ketik Panggilan Wi-Fi, kemudian aktifkan Panggilan Wi-Fi untuk Peranti Lain.
Ini membenarkan peranti lain yang mendaftar masuk ke akaun iCloud anda untuk membuat dan menerima panggilan walaupun iPhone anda tidak berhampiran.
Aktifkan Panggilan Wi-Fi pada iPad anda
Pada iPad anda, daftar masuk ke iCloud dan FaceTime dengan Apple ID sama yang anda gunakan pada iPhone anda.
Pergi ke Seting > FaceTime, kemudian aktifkan FaceTime dan Panggilan daripada iPhone. Aktifkan Panggilan Wi-Fi jika diminta.
Nota: Jika anda mendayakan Panggilan Wi-Fi, panggilan kecemasan boleh dilakukan menggunakan Wi-Fi dan maklumat lokasi peranti anda mungkin digunakan untuk panggilan kecemasan bagi membantu usaha respons, tidak kira jika anda dayakan Perkhidmatan Lokasi. Sesetengah pembawa mungkin menggunakan alamat yang anda daftar dengan pembawa semasa mendaftar untuk Panggilan Wi-Fi sebagai lokasi anda.
Buat atau terima panggilan Wi-Fi pada iPad anda
Buat panggilan: Ketik atau klik nombor telefon dalam Kenalan, Kalendar, FaceTime, Mesej, Spotlight atau Safari. Atau buka FaceTime, masukkan kenalan atau nombor telefon, kemudian ketik .
Terima panggilan: Leret atau klik pemberitahuan untuk menjawab, mengabaikan atau membalas dengan mesej cepat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang panggilan Wi-Fi, lihat artikel Sokongan Apple Buat panggilan dengan Panggilan Wi-Fi.