Kawal lampu, kunci dan banyak lagi dengan Rumah pada iPad
Kali pertama anda membuka app Rumah , pembantu persediaan membantu anda mencipta rumah, yang anda boleh tambahkan aksesori dan takrifkan bilik. Jika anda telah mencipta rumah menggunakan app didayakan HomeKit yang lain, langkau langkah ini.
Tambah aksesori ke Rumah
Sebelum anda menambah aksesori seperti lampu atau kamera, pastikan ianya bersambung ke sumber kuasa, diaktifkan dan menggunakan rangkaian Wi-Fi anda.
Ketik tab Rumah, kemudian ketik
.
Ketik Tambah Aksesori, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda menambah aksesori, ia ditetapkan pada bilik lalai, atau bilik yang anda pilih.
Anda mungkin perlu mengimbas kod QR atau memasukkan kod persediaan HomeKit 8-digit yang terdapat pada aksesori (atau kotak atau dokumentasinya). TV pintar yang disokong memaparkan kod QR untuk anda imbas. Anda boleh menetapkan aksesori ke bilik dan menamakannya dan kemudian gunakan nama ini apabila anda mengawal aksesori dengan Siri.
Tetapkan aksesori pada bilik
Ketik Bilik, ketik
, kemudian pilih bilik yang aksesorinya diperuntukkan.
Jika ia belum ditetapkan, cari dalam Bilik Lalai.
Sentuh dan tahan butang aksesori dalam tab Rumah sehingga kawalan muncul, kemudian ketik Seting.
Ketik Bilik, kemudian pilih bilik.
Kawal aksesori
Ketik tab Rumah, kemudian ketik butang untuk aksesori—contohnya, lampu—untuk menghidupkan atau mematikan aksesori dengan cepat, atau sentuh dan tahan butang sehingga kawalan muncul.
Kawalan yang tersedia bergantung pada jenis aksesori. Sebagai contoh, dengan sesetengah mentol lampu, anda boleh menukar warna. Dengan TV pintar anda, anda boleh memilih sumber input. Anda juga boleh mengawal aksesori menggunakan Pusat Kawalan.
Susun bilik dalam zon
Kumpulkan bilik bersama ke dalam zon untuk mengawal kawasan berbeza rumah anda menggunakan Siri dengan mudah. Contohnya, jika anda mempunyai rumah dua tingkat, anda boleh menetapkan bilik di tingkat pertama ke zon tingkat bawah. Kemudian anda boleh sebutkan sesuatu kepada Siri seperti “Matikan lampu di bawah.”
Ketik Bilik, kemudian ketik
.
Ketik Seting Bilik, kemudian ketik bilik.
Ketik Zon, ketik zon sedia ada, atau ketik Cipta Baru untuk menambahkan bilik kepada zon baru.
Edit bilik
Anda boleh menukar nama dan kertas dinding bilik, menambah bilik ke zon, atau mengeluarkan bilik. Apabila anda mengeluarkan bilik, aksesori yang ditetapkan untuknya berpindah ke Bilik Lalai.
Ketik Bilik, kemudian ketik
.
Ketik Seting Bilik, kemudian ketik bilik.
Edit aksesori
Untuk mengedit seting aksesori, lakukan mana-mana yang berikut:
Namakan semula atau edit aksesori: Sentuh dan tahan butang aksesori dalam tab Rumah sehingga kawalannya muncul, kemudian ketik Seting.
Jadikan aksesori sebagai kegemaran: Sentuh dan tahan butang aksesori dalam tab Rumah sehingga kawalannya muncul, ketik Seting, kemudian aktifkan “Sertakan dalam Kegemaran.” Anda boleh mengakses aksesori kegemaran anda daripada tab Rumah.
Untuk menyusun semula kegemaran anda, ketik tab Rumah, ketik Edit, kemudian seret butang ke susunan yang anda mahu.
Tukar ikon aksesori: Sentuh dan tahan butang aksesori dalam tab Rumah sehingga kawalannya muncul, kemudian ketik Seting. Ketik ikon bersebelahan nama aksesori, kemudian pilih ikon baru. Jika anda tidak mendapat pilihan ikon lain, bermakna ikon untuk aksesori tidak boleh ditukar.
Tambah lebih banyak rumah
Jika anda mempunyai lebih daripada satu ruang fizikal—rumah dan pejabat kecil, contohnya—anda mungkin mahu mencipta rumah untuk setiap satu dalam app Rumah.
Ketik tab Rumah, ketik
, kemudian ketik Seting Rumah.
Ketik Tambah Rumah, namakan rumah, kemudian ketik Simpan.
Untuk bertukar ke rumah lain, ketik tab Rumah, ketik
, kemudian ketik rumah yang anda mahukan.
Anda boleh mengakses aksesori kegemaran anda daripada tab Rumah.