Peribadikan iPad anda
Daripada mengeset foto kegemaran sebagai hias latar hingga menambah widget berguna pada Skrin Utama, mencipta Memoji dan mengeset jadual Mod Gelap—terdapat pelbagai cara untuk menjadikan iPad milik anda.

Tukar hias latar
Setkan latar belakang Skrin Utama dan Skrin Kunci anda untuk memaparkan foto kegemaran daripada pustaka foto anda. Pergi ke Seting > Hias Latar, kemudian ketik Pilih Hias Latar Baru. Ketik album, kemudian pilih imej untuk hias latar anda. Anda boleh menyeret imej untuk mengalihkannya, atau mencubit untuk zum masuk atau keluar. Apabila imej kelihatan sempurna, ketik Set.

Sesuaikan Skrin Utama anda
Kekalkan Paparan Hari Ini pada Skrin Utama, kemudian tambah widget untuk melihat maklumat daripada app kegemaran anda sekilas pandang. Dengan iPad dalam orientasi landskap, sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app mula bergoyang. Aktifkan Simpan di Skrin Utama, kemudian ketik untuk membuka galeri widget. Apabila anda mencari widget yang anda mahu tambah, ketik widget, kemudian pilih saiz yang sesuai untuk anda. Atau, cuba Tindanan Pintar—koleksi yang menunjukkan widget yang betul pada masa yang betul dalam sehari berdasarkan faktor seperti lokasi anda, aktiviti, atau waktu.

Bina Memoji anda sendiri
Cipta Memoji yang mencerminkan personaliti dan gaya anda. Anda boleh menggunakan Memoji anda sebagai imej kenalan anda dalam app, sebagai pelekat dalam Mesej dan dalam Mail, serta sebagai Memoji beranimasi yang mencerminkan riak wajah anda dalam FaceTime (pada model yang disokong). Untuk bermula, buka app Mesej, kemudian ketik .

Jadualkan Mod Gelap
Mod Gelap memberikan rupa yang lebih gelap kepada skrin, kawalan dan menu iPad yang sesuai untuk persekitaran dengan kurang cahaya. Anda boleh menjadualkan Mod Gelap untuk diaktifkan secara automatik semasa matahari terbenam atau pada masa khusus yang sesuai untuk anda. Pergi ke Seting > Paparan & Kecerahan, letik Automatik, kemudian ketik Pilihan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihat Tukar hias latar, Tambah widget pada iPad, Cipta Memoji anda sendiri dan Jadualkan Mod Gelap untuk diaktifkan dan dinyahaktifkan secara automatik.