Baru dalam iPadOS 14
Reka bentuk semula widget Widget Paparan Hari Ini telah direka bentuk semula untuk menunjukkan kepada anda lebih banyak maklumat terus daripada Skrin Utama. Anda boleh memilih antara saiz yang berbeza atau menambah Tindanan Pintar yang memaparkan widget berdasarkan faktor seperti lokasi anda, aktiviti atau waktu. Lihat Tambah widget pada iPad.

Reka bentuk app Peningkatan baru seperti bar sisi dan menu tarik bawah membolehkan anda mengakses lebih banyak app fungsi dengan cepat daripada satu lokasi, tanpa menukar paparan.

Klip App Klip App ialah sebahagian kecil app yang fokus pada tugas khusus, seperti menyewa basikal, membayar parkir, atau memesan makanan. Anda boleh menemui Klip App dalam Safari, Peta dan Mesej, atau di dunia nyata melalui Kod Klip App (iPadOS 14.3) dan kod QR. Lihat Gunakan Klip App.
Cari (iPadOS 14.3) Jejak item harian dalam tab Item baru. Lihat Cari item dalam Cari.
Cari Carian kini ialah destinasi tunggal yang anda boleh mulakan semua carian anda. Reka bentuk dan pengalaman semasa anda menaip yang baru memberikan hasil yang lebih berkaitan merentas app, kenalan dan carian web. Lihat Gunakan iPad untuk mencari.

Padatkan panggilan Panggilan daripada iPhone, FaceTime dan app pihak ketiga anda yang disokong muncul dalam reka bentuk padat serba baru yang tidak memenuhi keseluruhan skrin. Lihat Buat dan terima panggilan telefon.
Coret Gunakan Apple Pencil untuk menulis dalam sebarang medan teks merentas iPadOS dan perkataan anda ditukarkan ke teks secara automatik. Gores pada kesalahan untuk memadamkan kesalahan dan bulatkan perkataan untuk memotong dan menampal dengan mudah. Lihat Masukkan teks dengan Coretan.
Nota Gunakan Pilihan Pintar untuk memilih dan memformat teks tulisan tangan dengan cara yang sama anda lakukan dengan teks ditaip. Anda juga boleh menyalin teks tulisan tangan daripada Nota ke dalam app lain dan ia ditukarkan ke teks ditaip. Lihat Lukis atau tulis dalam Nota

Mesej Pinkan perbualan paling penting anda ke bahagian atas senarai perbualan anda supaya anda boleh mencapainya dengan mudah. Sebutkan seseorang dalam perbualan untuk halakan mesej terus kepada mereka dan gunakan balasan sebaris untuk membalas terus ke mesej khusus dalam perbualan kumpulan. Lihat Pin perbualan, Sebut orang dalam perbualan dan Balas mesej tertentu dalam perbualan.
Memoji Bersama dengan lebih banyak pilihan umur dan penutup muka, anda boleh memilih daripada lebih 20 gaya rambut dan gaya hiasan kepala baru untuk menunjukkan hobi, kerjaya anda dan personaliti anda. Lihat Cipta Memoji anda sendiri.
Peta Gunakan Peta untuk mendapatkan arah berbasikal menggunakan lorong, laluan dan jalan basikal. Anda juga boleh melihat perubahan ketinggian, jalan yang sibuk dan bukit yang curam apabila merancang perjalanan anda. Temui tempat hebat di sekitar anda untuk makan, beli-belah dan terokai dengan Panduan. Semasa anda mengikuti arah berbasikal atau berjalan, anda boleh berkongsi anggaran masa ketibaan anda (iPadOS 14.5; model Wi-Fi + Cellular sahaja). Lihat Dapatkan arah berbasikal dari lokasi semasa anda, Teroka destinasi baru dengan Panduan, Kongsi ETA berbasikal anda (model Wi-Fi + Cellular) dan Kongsi ETA berjalan anda (model Wi-Fi + Cellular).

Pengesanan Orang (iPadOS 14.2) Pada iPad Pro 11 inci (generasi ke-2 dan lebih baru) dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-4 dan lebih baru), anda boleh menggunakan Kanta Pembesar untuk mengesan orang dan membantu anda mengekalkan jarak fizikal atau sosial dengan orang lain. Lihat Kesan orang di sekeliling anda menggunakan Kanta Pembesar.
Audio lossless dan Dolby Atmos (iOS 14.6) Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh mendengar trek audio lossless dan Dolby Atmos dalam app Muzik. Lihat Dengar muzik Dolby Atmos pada iPad dan Dengar muzik lossless pada iPad.
Paras bunyi fon kepala Anda boleh menyemak paras audio tepat semasa bunyi dimainkan menerusi fon kepala dan setkan had kelantangan maksimum. Lihat Semak paras bunyi fon kepala dan persekitaran dan Hadkan kelantangan fon kepala.
Rumah Pencahayaan Adaptif membenarkan anda menukar suhu pencahayaan di sepanjang hari. Kamera video dan loceng pintu boleh mengecam orang yang anda tag dalam app Foto dan anda boleh menerima isyarat apabila terdapat pergerakan dalam zon aktiviti yang anda setkan. Lihat Aktifkan Pencahayaan Adaptif, Sediakan Pengecaman Muka dan Susun bilik dalam zon.

Safari Safari kini lebih selamat dan membantu berbanding dulu. Anda boleh melihat Laporan Privasi untuk memahami cara tapak web mengendalikan privasi anda dan Safari mungkin memberi amaran kepada anda jika kata laluan yang anda gunakan tidak selamat. Jika anda terjumpa tapak web dalam bahasa yang berbeza, Safari kini menyediakan terjemahan untuk tujuh bahasa (beta) berbeza. Lihat Terjemahkan halaman web dan Lihat Laporan Privasi.
Siri Siri mempunyai reka bentuk padat baru yang membolehkan anda mendapatkan maklumat dengan cepat sambil kekal fokus pada perkara yang anda sedang lakukan. Siri kini menyediakan maklumat daripada merentas web untuk membantu anda mencari jawapan dan boleh menghantar mesej audio daripada app Mesej. Lihat Ketahui perkara yang Siri boleh lakukan.
Kamera Togol cepat membolehkan anda menukar resolusi dan kadar bingkai video dengan cepat dalam mod Video. Lihat Rakam video.
Swafoto dicerminkan (iPadOS 14.3) Pada semua model, anda boleh mengambil foto dicerminkan yang menangkap syot seperti yang anda lihat dalam bingkai kamera depan. Lihat Ambil swafoto.
Foto Bar sisi Foto baru untuk iPad memberikan anda akses cepat ke Untuk Anda, Album dan Carian, serta Album Dikongsi dan Jenis Media. Tapis foto anda dalam koleksi dan album mengikut Kegemaran, Edit, Video dan Foto, serta isih foto mengikut paling lama atau paling baru dahulu. Tambah kapsyen ke foto dan video anda supaya anda boleh mencarinya dengan mudah dalam Cari. Lihat Tapis foto dalam album, Isih foto dalam album dan Tambah kapsyen dan lihat butiran foto dan video.

Peringatan Peringatan mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk peringatan secara automatik berdasarkan peringatan serupa yang anda telah cipta pada masa lalu. Ahli senarai yang dikongsi boleh menetapkan peringatan kepada satu sama lain, oleh itu pembahagian tugas telah menjadi semakin mudah. Dalam iPadOS 14.5, anda juga boleh mengisih dan mencetak senarai anda. Lihat Kongsi dan tetapkan peringatan, Isih atau susun semula peringatan dan Cetak peringatan.

FaceTime FaceTime kini boleh mengesan apabila peserta menggunakan bahasa isyarat dan menjadikan orang tersebut menonjol dalam panggilan FaceTime Kumpulan. Panggilan video kini lebih lancar dengan membantu anda mewujudkan hubungan mata walaupun anda melihat skrin berbanding kamera. Lihat Buat panggilan FaceTime Kumpulan.
Bingkai Dipusatkan (iPadOS 14.5) Pada iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-5) dan iPad Pro 11 inci (generasi ke-3), kamera pandang depan melaraskan untuk mengoptimumkan bingkai semasa anda bergerak semasa panggilan FaceTime secara automatik. Lihat Aktifkan Bingkai Dipusatkan.
Privasi Seting baru membenarkan anda untuk hanya berkongsi anggaran lokasi dengan app dan penunjuk muncul di bahagian atas skrin iPad anda apabila app menggunakan mikrofon atau kamera anda. Semua app perlu meminta keizinan anda sebelum menjejak anda merentas app dan tapak web yang dimiliki oleh syarikat lain (iPadOS 14.5). Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi, Semak atau tukar akses kepada kamera, mikrofon dan ciri perkakasan lain dan Kawal keizinan penjejakan app.
App Store (iPadOS 14.3) Anda kini boleh melihat amalan privasi app sebelum anda memuat turun app. Setiap halaman produk app menunjukkan ringkasan dilaporkan pembangun tentang perlindungan privasinya, termasuk data yang dikumpulkan.
Ketahui helah untuk iPadOS App Petua menambah cadangan baru dengan kerap supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya iPad anda. Lihat Dapatkan petua.
Nota: Ciri baru dan app mungkin berbeza bergantung pada model iPad, rantau, bahasa dan pembawa anda.