Bantuan iBooks
Selamat Datang ke iBooks
Kumpul dan baca buku pada Mac dan peranti iOS anda.
Bina pustaka anda
Pilih dari ribuan buku—klasik, terlaris dan banyak lagi—untuk mencipta pustaka peribadi anda. Dalam iBooks, klik butang iBooks Store, kemudian layari atau cari buku.
Sambung daripada mana anda berhenti
Baca buku dalam iBooks pada iPad anda semasa penerbangan, kemudian di hotel anda, sambung pembacaan anda dalam iBooks pada Mac anda—iCloud menjejaki halaman yang anda baca supaya anda tidak perlu melakukannya. Hanya pastikan anda daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama pada semua peranti anda.
Buku anda, cara anda
Sesuaikan pengalaman pembacaan anda dengan melaraskan saiz buku teks, warna latar belakang dan fon. Untuk bermula, klik .
Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Membeli di iBooks Store, Lihat buku anda pada semua peranti anda dan Tukar penampilan buku.