Padamkan buku dari Mac anda
Apabila anda memadamkan buku atau PDF daripada pustaka anda, ia tidak lagi disimpan pada Mac anda.
Dalam pustaka anda, pilih buku yang anda mahu padamkan, kemudian tekan kekunci Delete.
Jika anda menggunakan iCloud untuk iBooks dan anda memadamkan PDF atau buku yang anda import, ianya dipadamkan daripada iCloud dan semua peranti anda yang menggunakan iCloud untuk iBooks.
Buku yang anda beli dari iBooks Store masih berada dalam iCloud, walaupun anda mengalihkannya dari Mac anda. Ianya muncul dalam pustaka anda dengan ikon status iCloud . Anda boleh memuat turun buku dibeli lagi.
Anda tidak boleh memadamkan buku yang anda beli daripada iBooks Store daripada iCloud, tetapi anda boleh menyembunyikannya; hanya klik Isih Ikut di bahagian kanan atas pustaka anda, kemudian pilih Sembunyikan Buku iCloud. Untuk menyembunyikan buku supaya ia tidak akan berada dalam pustaka anda pada sebarang peranti, lihat Sembunyikan buku dibeli.