Benarkan komputer anda untuk mendapatkan buku
Jika anda membeli buku dari iBooks Store pada peranti lain, anda boleh melihat buku tersebut pada Mac anda dengan membenarkan komputer anda. Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer dan peranti iOS untuk digunakan dengan akaun Apple ID anda.
Benarkan komputer anda
Pilih Kedai > Benarkan Komputer Ini.
Jika anda belum berbuat demikian, daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan pada peranti lain anda.
Nyahbenarkan komputer anda
Pastikan anda nyahbenarkan Mac anda sebelum anda menjualnya, memberinya kepada orang lain, hantarnya untuk perkhidmatan, atau membuat naik taraf perkakasan utama.
Pilih Kedai > Nyahbenarkan Komputer Ini.
Kebenaran iBooks diuruskan dalam iTunes. Untuk mengetahui cara melihat komputer dibenarkan anda, nyahbenarkan komputer yang bukan lagi milik anda dan banyak lagi, lihat artikel Sokongan Apple Nyahbenarkan komputer anda menggunakan iTunes.