Tukar penampilan buku
Tidak seperti buku fizikal, anda boleh menukar cara buku anda ditunjukkan dalam app iBooks. Sebagai contoh, anda boleh pilih untuk melihat satu atau dua halaman pada satu masa atau untuk melihat buku dalam skrin penuh. Sesetengah buku juga membolehkan anda mengubah fon, warna halaman dan banyak lagi.
Ubah paparan halaman: Buka buku, kemudian pilih Paparan > Halaman Tunggal atau Paparan > Dua Halaman.
Anda juga boleh menyeret sisi tetingkap ke kiri atau kanan sehingga anda melihat satu atau dua halaman.
Lihat buku dalam paparan skrin penuh: Klik butang skrin penuh hijau di sudut kiri atas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang paparan skrin penuh, lihat Gunakan app dalam skrin penuh atau Split View.
Tukar saiz dan gaya fon: Gerakkan penuding ke bahagian atas buku, kemudian klik butang Penampilan . Klik butang untuk menjadikan fon lebih kecil atau besar dan pilih fon di bawah Fon Buku.
Jika butang Penampilan tidak tersedia, anda tidak boleh mengubah fon buku.
Ubah warna halaman: Gerakkan penuding ke bahagian paling atas buku, klik butang Penampilan, kemudian pilih Putih, Sepia, Kelabu atau Malam.
Jika pilihan warna halaman tidak tersedia, anda tidak dapat mengubah warna halaman buku.
Ubah penjajaran perenggan: Pilih iBooks > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih “Biarkan garis berpisah secara semula jadi” atau “Justifikasikan teks.”
Ubah penyempangan: Pilih iBooks > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih atau nyahpilih “Perkataan tanda sempang automatik.“