Lihat buku anda pada semua peranti anda
Dengan iCloud, buku PDF, koleksi, serlahan, nota dan penanda buku anda muncul secara automatik dalam iBooks pada Mac anda dan peranti iOS anda yang didaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama. iCloud juga mengingati halaman yang anda sedang lihat.
Lihat semua buku yang anda beli daripada iBooks Store
Pada Mac anda: Dalam pustaka iBooks anda, klik Isih Ikut (di bahagian kanan atas pustaka anda), kemudian pilih Tunjukkan Buku iCloud. Jika anda melihat Sembunyikan Buku iCloud, buku yang anda beli telah dipaparkan.
Pada peranti iOS anda: Dalam pustaka iBooks anda, ketik koleksi (seperti Semua Buku) untuk melihat senarai koleksi anda, kemudian pastikan Sembunyikan Buku iCloud tidak diaktifkan.
Lihat koleksi, serlahan, nota dan penanda buku
Pada Mac anda: Pilih iBooks > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih “Selaraskan koleksi, penanda buku dan serlahan merentas peranti.”
Pada peranti iOS anda: Pergi ke Seting > iBooks, kemudian aktifkan “Selaraskan Penanda Buku dan Nota” dan “Selaraskan Koleksi.”
Lihat buku dan PDF yang anda tambah ke iBooks
Pada Mac anda: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud. Di sebelah iCloud Drive (pastikan ianya dipilih), klik Pilihan, kemudian pilih iBooks.
Pada peranti iOS anda: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud (atau Seting > iCloud), aktifkan iCloud Drive, kemudian aktifkan iBooks (iOS 9.3 atau lebih baru).
Anda boleh sembunyikan buku yang anda beli daripada iBooks Store yang anda tidak mahu lihat pada peranti anda. Buku tersembunyi tidak akan muncul dalam pustaka anda atau dalam iCloud. Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga anda tidak dapat melihat atau muat turun buku tersembunyi.