Hadkan pembelian
Anda boleh setkan keutamaan dalam iBooks yang menghalang orang yang menggunakan Mac anda daripada mengakses iBooks Store dan daripada mendapatkan buku dengan kandungan eksplisit. Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, anda boleh aktifkan Minta untuk Beli supaya anda diminta meluluskan sebarang pembelian untuk ahli keluarga tertentu.
Kawal akses ke iBooks Store dan kandungan eksplisit
Pilih iBooks > Keutamaan, kemudian klik Kawalan Ibu Bapa.
Klik ikon kunci , kemudian masukkan nama pentadbir dan kata laluan komputer anda.
Pilih pilihan.
Nyahdayakan iBooks Store: Sesiapa sahaja yang menggunakan Mac anda boleh melihat pustaka anda, tetapi tidak boleh membuka iBooks Store.
Sekat buku dengan kandungan eksplisit: Sesiapa sahaja yang menggunakan Mac anda boleh melihat tajuk buku eksplisit dalam pustaka anda atau iBooks Store, tetapi tidak boleh mengakses atau melihat perihalan buku tersebut.
Apabila anda selesai, klik kunci semula.
Aktifkan Minta untuk Beli
Minta untuk Beli diaktifkan secara lalai untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dan boleh diaktifkan bagi ahli keluarga di bawah 18 tahun. (Had umur tertentu mungkin berbeza dalam negara atau rantau yang berlainan.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Persediaan Perkongsian Keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Mengurus Keluarga.
Pilih ahli keluarga di sebelah kiri, kemudian aktifkan Minta untuk Beli di sebelah kanan.
Anda juga boleh mengawal akses ke iBooks Store dan kandungan eksplisit menggunakan keutamaan Kawalan Ibu Bapa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat keutamaan Kawalan Ibu Bapa Kedai.