Daftar masuk ke iBooks Store
Daripada iBooks, anda boleh mendaftar masuk ke iBooks Store dan membeli atau memuat turun buku. Buku yang berada pada Mac anda adalah tersedia untuk dibaca dalam iBooks walaupun anda tidak bersambung ke Internet.
Sebelum anda boleh membeli daripada iBooks Store, muat turun buku yang anda beli pada iPad, iPhone anda, atau Mac lain, atau muat turun kemas kini buku, anda mesti mendaftar masuk menggunakan Apple ID anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple ID, lihat halaman Sokongan Apple ID. Untuk mencipta satu, pergi ke tapak web akaun Apple ID.
Daftar masuk dengan Apple ID anda: Pilih Kedai > Daftar Masuk, masukkan maklumat Apple ID anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Cipta Apple ID: Pilih Kedai > Cipta Akaun. Anda boleh juga memilih Kedai > Daftar Masuk, kemudian klik Cipta Apple ID.
Lihat seting apabila anda mendaftar masuk: Pilih Kedai > Lihat Apple ID Saya.
Daftar keluar: Pilih Kedai > Daftar Keluar.