Muat turun dan kemas kini buku yang dibeli
Jika anda memadam buku yang anda beli daripada iBooks Store sebelum ini, buku itu masih berada dalam iCloud dan anda boleh memuat turunnya semula apabila anda bersambung ke Internet. Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, anda juga boleh memuat turun buku keluarga anda.
Apabila kemas kini tersedia untuk sebarang buku, anda boleh melihat butang Muat Turun di penjuru kanan atas pustaka anda atau iBooks Store.
Muat turun buku
Pertama, pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang anda gunakan untuk membeli atau memuat turun buku. Untuk melihat Apple ID yang anda gunakan, pilih Kedai > Lihat Apple ID Saya.
Nota: Buku tersembunyi tidak tersedia untuk muat turun.
Dalam pustaka anda, klik Semua Buku, klik Isih Ikut (di bahagian kanan atas pustaka anda), kemudian pilih Tunjukkan Buku iCloud.
Jika anda melihat Sembunyikan Buku iCloud, semua buku yang anda beli telah dipaparkan.
Nota: Buku yang dibeli muncul dalam pustaka anda dengan ikon status iCloud .
Dwiklik buku yang mempunyai ikon status iCloud untuk memuat turun dan membukanya.
Muat turun buku ahli keluarga
Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, anda boleh muat turun buku ahli keluarga anda. Pastikan anda telah didaftar masuk dengan Apple ID anda gunakan untuk Perkongsian Keluarga.
Klik iBooks Store dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai), kemudian klik Dibeli di bawah Pautan Cepat di sebelah kanan.
Klik nama anda bersebelahan Dibeli, kemudian pilih ahli keluarga lain.
Klik ikon status iCloud untuk buku yang anda mahu tambah ke pustaka anda.
Anda mungkin diminta untuk memasukkan maklumat akaun anda.
Buku tersembunyi tidak akan muncul dan tidak boleh dimuat turun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi pembelian dengan keluarga anda.
Muat turun pembelian secara automatik
Anda boleh jadikan pembelian iBooks Store yang anda lakukan pada peranti lain dimuat turun ke Mac anda secara automatik.
Jika anda belum berbuat demikian, daftar masuk ke iBooks Store pada Mac anda.
Pilih iBooks > Keutamaan, kemudian klik Kedai.
Pilih “Muat turun pembelian baru secara automatik.”
Kemas kini buku anda
Klik butang Muat turun , kemudian pilih buku untuk kemas kini atau klik Kemas Kini Semua.
Jika anda menggunakan iCloud untuk iBooks, buku dan PDF yang anda import ke peranti lain dimuat turun ke Mac anda secara automatik selagi anda mempunyai ruang storan yang mencukupi.